Kisah aku, kereta dan hospital - Part 1

Assalammualaikum Jumaat 30 Rejab 1435H;
Jam menunjukkan pukul 3 pagi...mata ini masih belum mengantuk. Barangkali sebab dah terlelap tadi kemudian disirami air wuduk buat mataku semakin segar. Usai bacaan surah Al-Kahfi; fikiran melayang dan mata terkebil-kebil memandang siling sambil berzikir. Risaukah? mungkin... Terlalu banyak perkara di benak fikiranku. Dua hari lagi aku disarankan doktor untuk 'menginap' di hospital bagi mendapatkan ujian MRI. Memandangkan untuk mengelak dari beratur lama (sepatutnya appointment on October 2014) almaklumlah hospital kerajaan, tiada jalan penyelesaian melainkan warded. Sebenarnya aku disahkan oleh doktor 3 bulan yang lalu menghidapi sakit belakang »» Spondylolisthesis (pergerakan tulang belakang S1 himpit saraf kaki kanan; akibat exercise terlampau, diet kurang minum air, aktiviti mountaineering & sports). Tulang belakang yang retak dan menghempap saraf dan mengakibatkan kaki kananku rasa kebas sentiasa). Setelah melalui usaha perubatan (ubat tahan sakit) dan terapi senaman (fisioterapi); tiada juga perubahan. Sesi urutan ceragem sekadar meredakan sakitku. Pernah mencuba alat TENS (aliran elektrik ke otot dan saraf), kaki tersangat sakit dan menyukarkan pergerakan (terpaksa menggunakan wheelchair). Ujian apakah lagi yang Allah swt berikan padaku? (Hanya hamba-Nya yang layak dan mampu melalui; sudah pasti dugaan itu akan kerapkali mendatang. Sabarlah hati..) Sentiasa berfikir positif, aku redha dan tabah melaluinya. Mungkin Allah beri kesempatan ini untuk aku fokus pada diriku supaya bertaubat dan kembali beribadah kepada-Mu ya Allah. Alhamdulillah, bersyukur atas hidayah-Mu ini. Aku sedar, aku terlalu leka dengan kehidupan duniawi. Sudah tiba masanya sebelum terlewat (rohku berpisah dari jasad), muhasabah dan istiqomah kepada Allah. Cukup-cukuplah setakat ini; berhenti melakukan dosa. Istighfar dan berzikirlah... Astaghfirullah, Allahuakbar, Subhanallah...kerdilnya aku sebagai hamba-Nya. Sombongnya aku selama ini, peluang sudah diberi tetapi aku terus hanyut dalam kehidupanku. Ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah.. (feeling so sad).

Ini adalah kisahku dan hospital; mungkin ada sedikit perasaan fobia dan keraguan. Tetapi aku tahu, doktor akan berusaha yang terbaik untuk bantu pesakitnya kembali sihat.

Kisah 1: Tahun 2001/2002 (sudah terlupa) ketika aku dan rakan-rakan sepejabat mengadakan bengkel di Hotel Guoman, Port Dickson, aku dilanda sakit perut dan cirit birit yang kronik (perut tak tahan dengan makanan hotel barangkali). Rakan sebilikku Rabiyatul tidak sedar walaupun ku kejut berulang kali (rupa-rupanya dia makan ubat tidur bagi melegakan kemurungan dirinya). Aku sampai merangkak ke bilik air berulang kali. Cirit birit dan muntah pun rasanya air sahaja yang keluar. Telefon rakan-rakan urisetia lain di bilik sebelah pun tiada jawapan. Aduhai..sabar je! (menangis) Selepas membersihkan diri aku berdoa semoga Allah membantuku dan ambil keputusan untuk terus memandu ke hospital Port Dickson (i love driving before, outstation sana sini suka bawa keretaku sendiri. Mudah bawa barang-barang urusetia katanya). Dalam perjalanan bertembung dgn sekatan polis dan mereka bertanyakan arah tujuanku (masih ingat lagi perbualan kami).
Polis: 'Cik dari mana ni? dan nak ke mana jam 3 pagi ni?'
Aku: 'Guoman. Nak pegi hospital.' jawab acuh tak acuh
Polis: 'cik dah salah ni, tak pakai seatbelt. Bahaya.' direnungnya wajahku 'Siapa yang sakit?'
Aku: 'saya' muka berkerut menahan sakit.
Polis: 'lar..ye ke? tau hospital arah mana?'
Aku: 'tak'
Polis: 'cik ikut kami, biar pegawai kami yang hantar'
Aku: 'takpe, saya ok.' ujarku degil
Polis: 'muka cik dah pucat ni. Biar kami yang hantar.'
Aku: 'taknak... kereta saya?' muka sedih
Polis: 'kami hantar. Cik duduk sebelah ya' sambil buka pintu.
Aku terdiam dan dipapah bangun ke kerusi sebelah dan pejam mata (tak larat dah..). Kedengaran arahan dari polis tadi dan beberapa suara lain. Bila pintu driver ditutup, aku sempat buka mata dan lihat anggota polis yang agak hemsem jugak la tersenyum memandangku. 'Cik sabar ya, kita ke hospital sekarang'. Ku pandang depan, patrol car dah dinyalakan lampu dan siren bergema memecah kesunyian pagi. Keretaku dipandu laju mengekori patrol car tersebut. Sesekali ku buka mata dan bercakap dalam hati 'Teror jugak abg polis ni layan keta racing me'. Dia sempat tanya aku datang P.D atas urusan apa. Aku cuma jawab 'kerja'. Bila dia tengok keadaan me, dia kembali fokus memandu laju.  Tak lama kemudian kereta diberhentikan betul-betul di depan pintu kecemasan hospital. Aku sangat lemah dan dipapah oleh abg polis dan medik ke atas stroller dan baring menahan perut yang sakit. Aku hulurkan beg tanganku kepada abang polis tersebut; dia paham. Selepas tu aku dibawa ke dalam bilik kecemasan; lampu sangat terang buatku pejam kembali mata. Bagai dibuai mimpi dalam keadaan separuh sedar, aku rasa tangan ku dihimpit mesin b.p dan kemudiannya dicucuk jarum. Doktor menekan-nekan perutku. Diambilnya darah dan dimasukkan ubat. Aku dah malas nak fikir apa, diam jer la diperlakukan macam-macam. Kedengaran suara-suara orang bercakap yang berbalam-balam kemudian hilang. Aku sedar semula bila doktor memanggil namaku. Bertanyakan aku sakit apa..aku sempat jawab 'sakit perut, muntah, cirit birit kronik dah 4 jam'. Mata ku pejam semula, dengar suara abang polis bercakap-cakap dengan doktor. Ku buka mata dan pandang dia. Senyum datang dekat dengan me 'cik sabar ya. Ada siapa-siapa yang kami boleh tolong telefon?' aku geleng. 'dah call, kawan-kawan tak angkat'. Abang polis tu senyum lagi 'ini kunci kereta dan handbag cik. kereta saya parking kat bawah. Cik berehatlah.' 'Terima kasih' jawabku. Ku pejamkan mata dan tertidur. Tersedar sebab lampu terang dan terpandangkan jam hampir 5.45pagi. Meraba-raba dalam handbag mencari telefon. Dial dua kali dan akhirnya berjawab 'Helo aris. Akak kat wad kecemasan hospital ni.' 'kenapa?'suara terperanjat. 'sakit perut' 'ok. nanti saya datang' 'bye'jawabku lemah. Lega hati bila ada yang dah tau aku kat hospital. Aku cuba bangun hendak ke bilik air. Nurse datang bantu dan menolakku dengan wheelchair. Dia setia menungguku di luar. Kembali ke atas katil dan terpejam semula. Aku sedar bila dengar suara orang bercakap-cakap. Bilaku buka mata nampak kawan-kawan urusetia 4 orang. Adawiyah menangis teresak-esak mohon maaf tak sedar aku mengejutkannya. Aku senyum je dan sambil hulurkan kunci, 'tolong bawak keta balik hotel.' Kemudian aku berceritalah apa yang berlaku tengah malam sampai abang polis hantarku ke hospital. Hampir jam 7.30pagi mereka mohon diri balik ke hotel semula (sesi pagi bengkel). Aku kembali tertidur dan aku sedar balik bila rasa ada tangan memegang dan mengusap kepalaku berulang kali. Ku buka mata nampak boss dan 2 orang pegawai lain di hujung katilku memandang sambil bercakap-cakap perlahan. Berdiri sebelahku kasih seorang bapa angkatku (walaupun beliau berpangkat besar, sentiasa anggapku sebagai anaknya sehingga sekarang) 'rasa segar dah?' tanyanya loghat kelantan. Aku angguk je kepala. Boss me bersuara 'awak rehat. tak payah pikir pasal kerja. nanti diaorang yang uruskan'. 'Bengkel takde ke pagi ni?' tanyaku 'kami start lambat sikit, dapat tau dari aris terus ke sini.' jawab pegawai lain. 'nak balik....' kataku sedih 'Dahlah..jangan degil. Kamu tidur dan rehat. Nanti dah sihat baru balik hotel' jawab bapa angkatku. Aku diamkan diri memerhatikan diaorang. Mereka bercakap sesama sendiri dan tak lama kemudian beredar meninggalkanku. Tak pasti berapa botol air yang dah masuk dalam badan me, ubat yang dicucuk, rasa badan kembali stabil walaupun lemah sedikit. Aku tertidur semula dan dikejutkan doktor. Ku pandang jam hampir tengahari. Baru sedar dan terasa lama betul aku di wad kecemasan; rimas melanda bila suasana semakin sibuk. Doktor syorkan aku segera masuk wad dan diberikan rawatan lanjut. Aku disahkan keracunan makanan. Aku bertegas taknak warded. Alasan ada urusan kerja penting dan lebih selesa berehat di hotel. Doktor beri borang untuk ku isi dan ambil ubat. Tengahari tu jugak aku dijemput pulang ke hotel dan berehat. Lega rasanya.. Makanan dibawa ke bilik oleh pihak hotel, bubur kosong dan beberapa biji buns. Aku terpaksa skip juga sesi petang. Hampir jam 6pm Dr Siti datang melawat me dan berbual-bual. Selesai maghrib dan makan malam ku gagahkan kaki ke sesi malam bengkel. Semua yang terlibat mendoakan me cepat sembuh. Sehinggalah keesokkan petang aku drive balik ke JB dalam keadaan badan yang agak lemah ditemani Adawiyah.
Kisah yang tak dapat ku lupakan sampai bila-bila. Pengalaman pertamaku jatuh sakit dan dimasukkan ke wad kecemasan. Tak sanggup rasanya bila diingat kembali keadaan sakitku masa tu. Sejak dari hari itu aku lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan terutamanya di hotel-hotel dan warung tepi jalan. Semoga pengalaman ini dijadikan iktibar dan sekadar perkongsian salah satu kisah kehidupan ku bersama.
Wallahualam. Kisah berikutnya selepas ini...
~nukilan jiwa, ikhlas dari ♡

No comments:

Post a Comment