Tinta 2: Ukwah Islamiah & Perjalanan Dakwah


Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.

Ukhuwah yang tulus di jalan ini menjadi :
1.  Perhiasan di saat bahagia.
2.  Pelindung di saat kesulitan.

Maka, tanpa ikatan ukhuwah yang kuat, seseorang akan sukar untuk bertahan lebih-lebih lagi dalam menghadapi kesempitan.

Itu pula yang menjadi sebab kenapa para pendakwah di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai'ah (janji keanggotaan) mereka. 
Dalam `Risalah Ta'lim' , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :

"Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar' atau mendahulukan kepentingan saudaranya."

Ukhuwah yang dikehendaki juga tidak boleh secara berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta'ashub'.

Syariat Islam melarang kita terlalu :
i.  Keras dalam mencaci.
ii.  Berlebihan dalam memuji.
iii. Syariat juga melarang sikap berlebihan dalam segala perkara.
iv. Berlebihan dalam cinta akan mendorong seseorang untuk meremehkan hak orang lain dan setiap sesuatu yang melewati batasnya ia akan memberi kesan kepada orang lain pada perkara yang bertentangan dengannya.

Neraca untuk mampu mencintai dengan adil adalah dengan melakukan `tawashi' atau saling mewasiatkan dalam kebenaran.

Seseorang mestilah mampu :
# Menasihati saudaranya.
# Mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan.
# Memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah.

Seorang ulama’ pernah berkata :
"Seorang mukmin dengan mukmin lainnya itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan,"

Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :
~ Perlu berbicara dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya.
~ Mesti mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat.
~ Kedua-duanya adalah untuk meluruskan penyimpangannya.

Memang, ada sebahagian orang yang memandang bahwa :
Penolakan atau kritikan adalah sebahagian dari kebencian.
Dialog itu dapat membawa kepada perselisihan.
Tetapi, ini adalah satu cara berfikir yang agak keliru.

Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal :
Pemahaman dan akal.
Pengetahuan dan pengalaman.
Perasaan dan pandangan.
Ini adalah kerana wilayah-wilayah tersebut pasti ada perbezaan dan perselisihan.

Namun, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang boleh memandang pendapat yang dianggapnya tidak benar itu bagi diberi masukan (input) dengan baik.

Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan. 

Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :
* Kritikan.
* Pembetulan.
* Hujahan.
* Diskusi.
* Penolakan.

tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan atau rasa benci malah sebaliknya suasana kasih dan cinta yang semakin kuat seharusnya muncul.

Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab ‘Majmu' Al Fatawa’nya bahwa para sahabat Rasulullah saw juga berdebat dalam menyelesaikan suatu masaalah melalui musyawarah dan saling menasihati namun mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama.

Maka dari sinilah para ulama' terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.

Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat:
a.  Memperluaskan pemikiran.
b.  Mempertajamkan pandangan.
c.  Meluruskan kesalahan.
d.  Memperbaiki kesilapan.
e.  Saling tolong menolong dalam kebaikan.

[sumber: tintaperjalanku.blogspot.com]

No comments:

Post a Comment