Book Review: "Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna"

Alhamdulillah..selesai membaca buku 'CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA'..buku yang sangat menyentuh hati dan terdidik untuk menjadi ibu bapa seperti beliau..walaupun seorang daie yang sibuk untuk membantu dan menyembuhkan umat, namun beliau juga adalah seorang ketua keluarga yang sangat prihatin dan disayangi ahli keluarganya.
Antara point penting dalam buku ini ialah :- 
Mari kita lihat terlebih dahulu komposisi keluarga Imam al-Banna, Beliau dikurniakan enam orang anak, terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan, mereka ialah:
a. Wafa, anak perempuan sulung merupakan isteri kepada seorang da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah. Ketika al-Banna meninggal dunia, dia sudah berusia 17 tahun.
b. Ahmad Saiful Islam: Seorang peguam sekaligus Setiausaha Agung Majlis Peguam Mesir dan bekas ahli parlimen Mesir. Lahir pada 22 November 1934. Berjaya memperolehi gelaran Sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan Dar al-Ulum 1957. Usianya baru 14 tahun 2 bulan ketika al-Banna meninggal dunia.
c. Dr. Thana’: Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga. Dia baru berusia 11 tahun ketika ayahandanya meninggal dunia.
d. Ir. Raja’: Ketika al-Banna meninggal, usianya sekitar lima setengah tahun.e. Dr. Halah: Pensyarah kedoktoran di Univ. Al-Azhar.
f. Dr. Istisyhad: Pensyarah ekonomi Islam. Dia masih dalam kandungan ibunya ketika al-Banna menghembuskan nafas terakhir. Jika diimbas semula, mengikut analisis doktor, dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang ditanggung serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si sibu. Para pengamal perubatan menetapkan pada 12 Februari bertepatan dengan hari kematian al-Banna. Tetapi Allah SWT berkehendak sesuatu yang lain, Istisyhad lahir dengan sihat, kerana rangkaian peristiwa itulah beliau dinamakan Istisyhad.

DIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK

1) Makan bersama yang menjadi keutamaan. Perkara ini walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya satu slot penting dalam kehidupan harian berkeluarga. Dalam kesibukan, beliau tetap meletakkan keutamaan untuk makan bersama anak-anak.

2) Tidak menggunakan nada suara yang keras di rumah. Anak-anak menjadi patuh terhadap perintah dan bukan takut.

3) Beliau sentiasa memerhatikan perkembangan anak-anak beliau di mana setiap anak fail masing-masing. Di situlah beliau meletakkan semua rekod kesihatan, pelajaran dan apa jua perkara penting yang berkaitan semua anak-anaknya. Di antara perkara yang diingat oleh Saiful Islam, carta itu mengandungi antara lain:
a.   Tarikh dan sejarah kelahiran.
b.   Nombor kelahiran.
c.   Jadual pemberian ubat dan makanan.
d.   Surat keterangan doktor.
e.   Keterangan atau catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci.
f.   Ijazah anak-anak.
g.   Catatan prestasi anak-anak.
h.   Lain-lainSetiap anak-anak al-Banna disediakan catatan masing-masing, di dalam carta itu Imam al-Banna menulis sendiri keterangan terperinci sejarah dan tarikh kelahiran, nombor kelahiran, pola pengaturan makanan bagi si kecil dan seterusnya. Al-Banna juga mengumpul semua surat keterangan ataupun resit doktor yang merawat ana-anaknya, keterangan terperinci yang diberikan lengkap dengan tarikh ianya dicatatkan. Setiap laporan itu disertakan dengan catatan kecil mengenai keadaan si anak. Isinya keterangan mengenai berapa lama si anak mengambil ubat? Berapa dos ubat yang perlu diambil? Apakah semua ubat yang diberikan oleh doktor sudah diminum semuanya?Dalam carta itu juga tersimpan rapi semua ijazah dan laporan anak-anaknya. “Ayah meletakkan di bahagian paling utama, dengan beberapa catatan yang ditulis sendiri. Misalnya tulisan ayah mengenai laporan dan ijazah Saiful Islam ditulisnya, ‘Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...’ Wafa’ perlu dibantu dalam mata pelajaran ini...” ujar Thana’. 

4) Membawa bekal makanan ke sekolah. Beliau membawa sendiri makanan untuk diberikan kepada anak-anak di sekolah.

5) Beliau juga sentiasa memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk keluarga. Beliau mempunyai catatan keperluan bulanan rumah kerana beliau tahu isterinya sibuk menguruskan rumahtangga.

6) Anak-anak patuh tanpa perlu diperintah. Ini kerana cinta tulus yang diberikan oleh Hassan Al-Banna kepada anak-anak dengan memberikan nasihat secara berhikmah dan menunjukkan contoh yang baik.

7) Beliau memperuntukkan 3 jenis wang saku untuk anak-anak iaitu, harian, mingguan dan bulanan. Ini dilakukan supaya keperluan kewangan anak-anak mencukupi. Dengan cara ini, kita mengajar anak-anak untuk menabung tanpa perlu memintanya kembali dari anak-anak.

8) Beliau menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya dalam hal bersedekah, beliau sering memberikan duit kepada anaknya dan menyuruh anaknya memasukkan dutit tersebut di dalam tabung masjid. Secara tidak langsung, anak-anak terdidik untuk rajin bersedekah.

“Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya.” -Hasan Al-Banna-

(sumber: akubidadarisyurga.blogspot)

No comments:

Post a Comment