"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti
 itu  sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar 
hati,  kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, 
hingga  kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia 
sebegini  masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh 
kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu  mentafsir erti uhibuki fillah
 itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya  kerana fitrah berkasih yang 
terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau  hingga ada istilah 'dia milik
 aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon  dijauhkan perasaan 
sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan  
perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi,  
tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin
  memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah? 
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, 
tetapi  berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. 
Jadi  takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan  rasa cemburu apabila sahabat 
menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah  hati dan nurani dengan 
jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas  kehendak Allah. Jika ada 
timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana  sungguh itu adalah 
bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat  ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik 
kita.  Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila 
orang  lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah  
bersaudara.  Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama 
lain.  Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang 
berada di  sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni 
 tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap  
ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar  tentang makna basitah 
(kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih,  segala benda jadi lain. 
Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau  mahu sayangi semua, bukan
 memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. 
Mungkin  ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu 
mengingatkan  dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain 
juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa 
sahaja akan  menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu 
tidak di dasari  dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan 
perasaan sendiri.  Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di 
hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila 
 Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, 
 Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu 
kerana  Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan 
istimewa. Inilah  yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling 
 mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; 
beri  layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak 
kepada kawan  yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam 
mengajar kita untuk  membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Be
Taqwa itu berada di sini (beliau  menunjukkan dadanya tiga kali).
 Cukuplah seorang (muslim) dianggap  (melakukan) kejahatan karena 
melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim  atas muslim lain haram 
darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan 
muhasabah. Mungkin selama  ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi 
atas dasar lain.. peribadi  ke, minat yang sama ke, perasaan ingin 
memiliki ke..
Mari koreksi  diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia
  dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita  
perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. 
Sungguh  mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak 
tahu. Jadi  persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah  ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini.  Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
 Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
 Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
 Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
 Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
 Semuanya kerana Allah,
 Sungguh,
 Bukan kerana selain daripada-Nya.. 
[SUMBER:  http://pesachaa.blogspot.com/]

 
No comments:
Post a Comment