Bhg. 5: Bahaya SYIAH kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara

2.4.3   Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang boleh dilakukan mut'ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanakyang tidak tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata.. Semoga Allah mendamaikan anakmu, berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu ?" Beliau menjawab. “ Sepuluh tahun “(Al-Istibar. J.3 hal 145; Tahdhib Al Ahkam. J.7, hal 225; Al Furu' Min al Kafi , J.5, hal 463).

Al-Hulli dalam kitab Fiqahnya Syarai’ al-Islam, (J.2 hal 186) mengatakan, "Seorang gadis cerdik yang sudah baligh mengaqadkan mut'ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, sama ada ia lnasih dara atau janda.”

2.4.4   Perempuan boleh dikahwini secara mut'ah mengikut Syiah tanpa had. la tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan daripada Ja'far al Sadiq, beliau ada berkata, "Berkahwinlah dengan mereka secara mut' ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan". (Al-Istibar, J.3 hal 147; Tahdhib Al Ahkam, J.7 hal 259).

2.4.5   Mas kahwin untuk nikah mut'ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar, (Al Furu Min al Kafi, J.5 ha1457; Tahdhib al Ahkam, J .7 hal 260).

2.4.6   Berkenaan dengan jangka masa mut.ah itu boleh dilakukan dapat kita ketahui daripada riwayat yang dikemukakan oleh mereka daripada Abu Hasan Ali Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya.
“Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut'ah itu boleh di lakukan ? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan ? Beliau men jawab “ Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi ( kepada perempuan itu) “ (Al-Furu’' Min al-Kafi J.5, hal 460, AI-Istibsar J.3 hal 151).

2.4.7   Selain daripada itu seseorang lelaki boleh berkahwin secara mut'ah dengan seorang perempuan beberapakali sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, "Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut'ah dengan seorang perempuan seberapa kali yang dikehendakinya". (Al-Furu' Min al- Kafi, J.5, hal 460)

2.4.8   Bahkan lebih daripada ilu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkannya kepada sahabat handai. Al Tusi meriwayalkan daripada Abu Hasan bahawa dia berkala, "Aku bertanya Abu Abdullah a.s. tentang peminjaman faraj, dia menjawab, tidak mengapa " (Al lstibsar ,J.3 ha1141) .
Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.

2.4.9   Lebih daripada itu golongan Syiah mengharuskan seseorang mengamalkan amalan kaum Lut dengan isterinya atas nama ahlul bait. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Al-Rida bahawa beliau ditanya oleh Safwan b. Yahya, "Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau ". (Al Rida) berkata, "Apa pertanyaan itu”. Aku berkata, " Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada dubumya?". "Itu haknya " , berkata Safwan. Maka aku pun bertanya dia. "Adakah engkau melakukannya? ." Al Rida menjawab "Kami tidak melakukannyaJ' .(Al Furu’ Min al-Kafi J.5, Al -Istibsar, hal 243-244).

Diriwayatkan juga daripada Abu Hasan Ar-Rida (Imam Ma'sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas kerana Al-Tusi meriwayatkan bahawa beliau (Al- Rida) ditanya oleh seorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya daripada belakang (pada dubumya). Al-Rida menjawab, "Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata nabi Lut a.s yang di ceritakan oleh Allah”. Bermaksud. ' Ini anak-anak perempuanku lebih suci unluk kamu” (Surah Hud.ayat 78). Sedangkan Nabi Lut sudah maklum bahawa mereka tidak mengkehendaki faraj. Sebagaimana mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata "aku bertanya Abu Abdillah (Ja’far As-Sadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya”, dia berkata di mana firman Allah:

“Datangilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu".
(Surah Al-Baqarah, ayat 223)

Lalu Ja'far As-Sadiq menjawab, "tempat itu untuk mencari anak" (Tahdibul-Ahkam, J.7, Hal 414, Al-Istibsar J.3 hal 243).

3.         Bahaya Kepada Akhlak

3.1       Kebiadaban Dan Penghinaan

3.1.1   Kebiadaban dan penghinaan terhadap Nabi-nabi dan Rasul- Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan berslfat biadab terhadap Nabi- nabi dan Rasul-rasul.

Mulla Baqir Al-Majlisi meriwayatkan dalam kitabnya Biharu Al-Anwar (secara dusta) daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi s.a. w berkata kepada Ali, “Wahai Ali ! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku titiak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu. Ja’far adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saltdara seumpama Jaafar. Fatimah Al-Hasyimiyyah adalah ibumu, di mana akanku dapat ibu seumpamanya.”
( Kitab Fi bihar al-Anwar-Kitab al-Syahadah, J.5 hal. 511).

Al-Kulaini menyebut bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi daripada darjat Kenabian, Kerasulan dan Khullah. Untuk maksud itu dia (Al-Kulaini) telah berdusta atas nama Jaafar As-Sadiq, bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikan Ibrahim sebagai Nabi dan menjadikannya sebagai Nabi sebelum menjadikannya sebagai Rasul dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya sebagai Rasul sebelum menjadikannya sebagai Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.” (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi, J.1 hal. 175).

Al Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif al-Tammar bahawa beliau berkata, “Kami pernah bersama Abu Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijir lsmail, maka Abu Abdullah berkata, “Adakah mata-mata gelap mengikut kita?" kamipun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliaupun berkata, “Demi Tuhan Ka'bah! Demi Tuhan binaan ini: ( 3 kali) kiranya aku berada di antara Musa dan Khidir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih 'alim daripada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka kerana sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau tetapi mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat. "
(Usul al-Kafi, J.1 hal. 261)

Diriwayatkan juga daripada Jaafar As-Sadiq, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan di Neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang." (lbid).

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayyub dan Nabi Yunus yang ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak kerana sebab lain melainkan kerana mereka mengingkari walayah Ali (Tafsi r Nur al-Thaqalayn, J.3, hal. 435)
3.1.2   Kebiadapan dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi s.a.w.

Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, Hayat al-Qulub bertajuk "Bab Yang ke-55 pada menyatakan Kecelakaan Aisyah dan Hafsah. " J .2 hal. 610-612. Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar bahawa Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Nabi s.a.w. sehingga mengakibatkan kewafatan baginda. Al-Aiyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar daripada Imam Ja'afar Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah membunuh Rasulullah s.a.w. dengan meracuni baginda.

Di satu tempat yang lain di dalam kitab yang sama Mulla Baqir Al Majlisi meriwayatkan daripada tokoh tafsir Syiah yang terkemuka daripada kalangan Mutaqaddimin iaitu Ali ibn Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan membunuh Nabi s.a.w. dengan meracuni baginda, begini bunyinya, "maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu ( Aisyah dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk melnbunuh baginda dengan memberikan racun kepada Baginda. " (Ibid).

3.1.3   Kebiadapan dan penghinaan terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a. w. yang lain

Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang daripada kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadapan dan penghinaan yang lebih dahsyat daripada.

Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah meriwayatkan bahawa para Sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zaral-Ghifari dan Salman al-Farisi (Al Rawdah Min al Kafi, J. 8, hal 245).

Perkara yang sama telah disebut oleh Al-Majlisi yang dianggap sebagai Khatimatu Al-Muhaddithin di kalangan Syiah yang bermaksud: “Para sahabat semuanya binasa selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman”. (Hayat al Qulub, J. 2, hal 640).

[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]

No comments:

Post a Comment