Salam hari Selasa, 4 Safar 1434H.
Alhamdulillah. Ini hari yang ke-3 saya cuba menulis lagi di dalam blog. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa 'cuba menulis lagi'? Sebenarnya saya pernah menulis blog sebelum ini dan mungkin hanya teman-teman rapat dan lain-lain yang amat mengenali dan sentiasa menjadi followers yang setia. Tetapi kali ini paparan blog pasti berlainan, dan inilah saya pada ketika ini. Bukan lagi seperti dulu.
Bermula dengan tahun baru 1434H, saya telah menanam azam dan cita-cita untuk HIJRAH, yang memerlukan pengorbanan, perubahan, perjuangan (mental & fizikal) dan ketabahan. Hidup ini tidak semestinya indah, dan juga sentiasa ada onak dan duri. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk melaluinya dengan sabar dan penuh takwa serta iman di dada.
Saya bukan seorang ustazah dan tiada ilmu agama yang tinggi. Alhamdulillah dan terima kasih arwah Abah & Bonda yang telah menghantar saya untuk belajar mendalami bidang agama semasa di sekolah rendah & menengah. Terima kasih jua kepada guru-guru yang mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semakin dewasa saya, semakin banyak dugaan & rintangan dalam kehidupan. Kadang-kadang lalai dan alpa, seronok dengan kehidupan di dunia, terjatuh dan bangun sendiri, menyisihkan diri, menidakkan hukum akhirat, menyanjung hukum duniawi, perjuangan yang sia-sia, persahabatan yang tiada maknanya.
Sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT begitu sempurna kejadian, saya bersyukur kerana diberikan akal dan fikiran untuk kita beriman, beramal dan berjuang atas agama Allah itu sendiri iaitu 'ISLAM'. Berpaksi atas bumi, bertaubat, menentang hasutan syaitan dan iblis dan sentiasa teguh atas pendirian. Saya baru tersedar bahawa IMAN itu perlu dicari sendiri. Bukannya warisan dari keluarga kita. Atas dasar ini saya kembali...mencari erti sebuah kehidupan yang LEBIH BAIK dari sebelumnya, penuh redha & rahmat Allah SWT. Pencarian dan perjuangan ini belum selesai lagi, ianya baru sahaja bermula. Semoga dipermudahkan segala urusanku ini..in shaa Allah.
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi
ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi
kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang?
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita , agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.
[sumber: iluvislam.com ~ Ustaz Pahrol Mohd. Juoi]

Friend's Special note
“Even though we've changed and we're all finding our own place in the
world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across
our face, we'll come to each other because no matter where this crazy
world takes us, nothing will ever change so much to the point where
we're not all still friends.”
Takdir & redha
Sesungguhnya takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang
tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Dalam merancang niat juga usah dilupakan yang mana hanya semata-mata kerana Allah. In Shaa Allah, pastinya sebuah
perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat
dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati
kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)