Salam hari Selasa, 4 Safar 1434H.
Alhamdulillah. Ini hari yang ke-3 saya cuba menulis lagi di dalam blog. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa 'cuba menulis lagi'? Sebenarnya saya pernah menulis blog sebelum ini dan mungkin hanya teman-teman rapat dan lain-lain yang amat mengenali dan sentiasa menjadi followers yang setia. Tetapi kali ini paparan blog pasti berlainan, dan inilah saya pada ketika ini. Bukan lagi seperti dulu.
Bermula dengan tahun baru 1434H, saya telah menanam azam dan cita-cita untuk HIJRAH, yang memerlukan pengorbanan, perubahan, perjuangan (mental & fizikal) dan ketabahan. Hidup ini tidak semestinya indah, dan juga sentiasa ada onak dan duri. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk melaluinya dengan sabar dan penuh takwa serta iman di dada.
Saya bukan seorang ustazah dan tiada ilmu agama yang tinggi. Alhamdulillah dan terima kasih arwah Abah & Bonda yang telah menghantar saya untuk belajar mendalami bidang agama semasa di sekolah rendah & menengah. Terima kasih jua kepada guru-guru yang mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semakin dewasa saya, semakin banyak dugaan & rintangan dalam kehidupan. Kadang-kadang lalai dan alpa, seronok dengan kehidupan di dunia, terjatuh dan bangun sendiri, menyisihkan diri, menidakkan hukum akhirat, menyanjung hukum duniawi, perjuangan yang sia-sia, persahabatan yang tiada maknanya.
Sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT begitu sempurna kejadian, saya bersyukur kerana diberikan akal dan fikiran untuk kita beriman, beramal dan berjuang atas agama Allah itu sendiri iaitu 'ISLAM'. Berpaksi atas bumi, bertaubat, menentang hasutan syaitan dan iblis dan sentiasa teguh atas pendirian. Saya baru tersedar bahawa IMAN itu perlu dicari sendiri. Bukannya warisan dari keluarga kita. Atas dasar ini saya kembali...mencari erti sebuah kehidupan yang LEBIH BAIK dari sebelumnya, penuh redha & rahmat Allah SWT. Pencarian dan perjuangan ini belum selesai lagi, ianya baru sahaja bermula. Semoga dipermudahkan segala urusanku ini..in shaa Allah.
No comments:
Post a Comment