Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi
ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi
kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang?
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita
,
agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan
hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat
merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di
dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT.
Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati
kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan
dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik.
Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang
dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong
royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang
antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan
memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar
Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat
dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan
untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal
untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya
didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup
bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang
teguh dengan agama.
[sumber: iluvislam.com ~ Ustaz Pahrol Mohd. Juoi]
No comments:
Post a Comment