Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang
paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih
besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu
terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan
Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu
juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di
mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga
akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW
berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan
disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan
hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah
akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)
". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya
harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah
selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami
ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w.
menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi
(tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah
bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap
(ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di
antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang
hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan
mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada
hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari
fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke
Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya
selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
[sumber: http://www.sumberislam.info]
No comments:
Post a Comment