Amal Ibadah
Oleh kerana hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, maka perlulah bagi seorang muslim untuk memperbanyakkan dan menyegerakan amal-amal ibadah dan memohon keampunan sebelum terlambat agar tergolong dalam golongan orang-orang yang betaqwa dan mendapat habuan Syurga di akhirat kelak.
Firman Allah SWT:
وَسَارِعُوا
إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran : Ayat 133)
Selain itu, nabi juga memerintahkan
agar segera berbuat kebaikan. Sebuah hadith daripada Abu Hurairah :
بَادِرُوا
بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا
كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا
أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ
الدُّنْيَا
Bermaksud : “Bersegeralah
kamu sekalian melakukan amal-amal kebaikan, kerana akan terjadi suatu bencana
yang menyerupai malam yang gelap gelita di mana ada seseorang beriman pada
waktu pagi dan pada waktu petang dia kafir, atau pada waktu petang dia beriman
pada waktu pagi dia kafir. Dia rela menukar agamanya dengan sedikit keuntungan
dunia.” (Riwayat Muslim)
Kehidupan dunia
Kadang-kadang
Allah SWT duga kita dengan pelbagai ujian dalam hidup ini. Sebagai hamba-NYA
kita harus sabar dan menerima segalanya dengan redha. Alhamdulillah, syukur
kepada Allah kerana diberi peluang untuk mengharungi ujian serta menikmati
kehidupan ini. Walau baik atau pun buruk yang datang, sentiasa berfikiran
positif serta yakin kepada Allah, ada rahmat di sebalik kejadian yang
berlaku.
Sepertimana
Firman Allah:
ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌۢ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ ٱلْكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَٰمًا ۖ وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنٌ ۚ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ
QS.
Al-Hadid [57] : 20
Ketahuilah,
bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan
tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya
mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat
warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang
keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak
lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Firman Allah:
وَمَا هَذِهِ
الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ
الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Dan
tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan
sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.”
(Surah
al-Ankabut : Ayat 64)
Selain itu, Allah Ta’ala juga ada menyebut pada ayat
lain tentang kehidupan di dunia tidak kekal. Ia hanya
sebagai permainan dan hiburan sahaja. Ia akan musnah sepertimana musnahnya
tanam-tanaman dan buah-buahan. Kehidupan di dunia merupakan tempat
bersenang-lenang bagi orang yang terpedaya, dan bagi mereka yang mengutamakan kehidupan
yang sementara ini, maka bagi mereka azab yang pedih.
Firman
Allah Ta’ala:
اعْلَمُوا
أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ
وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ
نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي
الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا
الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Bermaksud : “Ketahuilah,
bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan
tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya
mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat
warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang
keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak
lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
(Surah
al-Hadid : Ayat 20)
Kita mengetahui
apabila seseorang bermain dan berhibur, ia tidak mengambil masa yang lama.
Apabila telah letih dan penat maka seseorang itu akan berhenti bermain dan
berhibur. Begitu juga ke atas kehidupan dunia ini. Ia tidak lebih hanyalah
sebagai sebuah persinggahan sahaja untuk berteduh bagi seorang musafir.
Nabi Muhammad
s.a.w pernah bersabda :
مَا لِي وَمَا
لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ
شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا
Bermaksud : “Apalah ertinya dunia ini bagi diriku.
Aku di dunia ini hanyalah seperti orang yang menjelajah yang berteduh di bawah
pohon kemudian pergi meninggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Selain itu,
Nabi juga pernah bersabda pada sebuah hadith daripada Ibn Umar r.a :
كُنْ فِي
الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
Bermaksud : “Jadilah kamu di dunia seperti orang
asing atau orang yang mengembara.” (Riwayat al-Bukhari)
Salim Aid al-Hilali menyatakan di dalam kitabnya Bahjatu al-Nazirin yang
merupakan kitab syarah kepada kitab Riyadu al-Solihin tentang hadith di
atas bahawa janganlah kamu mementingkan dunia, menyibukkan diri dengannya,
mengaitkan perasaan dengannya yakni jatuh cinta padanya, sebaliknya jadilah
seperti orang asing atau pengembara yang dalam perjalanan ke tempatnya
(Syurga). Beliau menyatakan lagi bahawa ia merupakan galakan untuk bersikap
zuhud dan berpada dengan apa yang halal sehingga tidak memerlukan lagi pada
yang haram.
[sumber: faizfathi07.blogspot.com]
Ujian Allah SWT yang tiada henti..
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada
hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi
bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah
‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit,
Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah
perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang
memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
[sumber: genta-rasa.com ~ Ustaz Pahrol Mohd. Juoi]
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
[sumber: genta-rasa.com ~ Ustaz Pahrol Mohd. Juoi]
Peristiwa Israk & Mikraj: Perihal Seksaan Wanita
KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w
dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati. Nabi
Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda
dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah. Selepas itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai
pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa
perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu
Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat mulia dan
bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah
(Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina,
iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham
iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.
Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa,
Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang
dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w
melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda
bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.
Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang
wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang
kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa
keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman
Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada
suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu
terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri
mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada
awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya
memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat
marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun
agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian
dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata
tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya,
Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus
Masyitah dan keluarganya.
Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi,
Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana
sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian
luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku!
Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang
benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan
mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu
semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian
seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap
tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan
terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga
Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang
digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan
yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.
Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan
lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan
perkataan.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung
buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin
dari suaminya.
Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta
kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala
jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa,
tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka
sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid
dan nifas.
Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging
tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu
adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka
menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya. Selain itu, baginda
turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya seperti keledai.
Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa
ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui
duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya
dan memfitnah orang lain.
[sumber: muslimin45.blogspot.com]
Subscribe to:
Posts (Atom)