ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN
KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??...
-
Orang yang mencintai kamu
tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia
tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
-
Walaupun
kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
-
Orang yang mencintai kamu selalu menerima
kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
-
Orang yang
mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
-
Orang yang
mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari
minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu
tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu",
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
-
Jika kamu menyambut
hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.
-
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang
kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang
berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
-
Orang yang mencintai
kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin
kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana
dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh
harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti
kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
-
Orang yang
mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan
mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu -
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
tapi akhirnya dia berjaya.
-
Kalau kali terakhir kalian
bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan
sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana
dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
-
Jika kamu
mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck'
untuk memberi semangat kepada kamu.
-
Orang yang mencintai kamu
akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah
sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
-
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat
itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan
dunianya.
-
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat
kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
-
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan
sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang
boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
-
dihatinya dia
benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat
dihati?'
-
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti
saudara daripada seperti seorang kekasih.
-
Orang yang mencintai
kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali
dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim
SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
-
Orang
yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal
yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya
itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya
lagi.
-
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia
akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.
-
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan
menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari
kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
-
Dan jika kamu cuba
menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan
menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh
hatinya.
-
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya
kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah
mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
-
Orang yang
begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu
terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[Sumber: Tip Cinta ~ www.razzirahman.com "Brother Love"]
No comments:
Post a Comment