Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik,
sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan
perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang,
bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap
dipandang. Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia
sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala
dalaman pula sungguh memeranjatkan!
Lelaki
yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian
seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh
memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak
akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan
kesat lidah sebagai pendamping hidup.
Ada
pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si
jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula
yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah,
tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.
Setiap
wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, jangan
berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari
pandangan orang lain. Jika anda memiliki tiga sifat berikut ini, baik
berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari
meninggalkan anda.
1 – Jahil
Dunia
semakin maju, teknologi dan informasi terkini telah pun tersebar dengan
pesat dan cepat. Wanita dulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi yang
tidak pernah berubah adalah kefahaman agama yang mesti dipegang dengan
kuat, seiring beredarnya masa menuju akhir zaman yang semakin mencabar.
Jahil
tentang ilmu dunia dan akhirat adalah kelemahan yang membuat anda
nampak hodoh. Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan
merubah sejarah hidup manusia. Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan
ilmu akhirat (agama) akan pincang.
Wanita
yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi,
antropologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan
ilmu agama yang sahih. Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain
kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir
dari rahim mereka ini?
2 – Buta hati
Cantik
paras rupa tetapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang
mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri
manusia. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah
sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit
tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.
Apakah yang menyebabkan hati sakit?
i) Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya
Jalan
mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari al-Quran dan hadis.
Bukan setakat dibaca tapi dikaji, difahami, diamalkan dn diperjuangkan.
Kalau pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun pasti waktu habis dua
tiga jam untuk satu sesi, mengapa pula jika belajar agama tiada masa
dan asyik memberi alasan ‘sibuk’?
Hati
yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan
menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan
Allah SWT memerlukan makanan. Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah
Rasulullah SAW.
ii) Terlalu berlebihan dalam perkara mubah
Banyak
makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, shopping, menghias rumah
berlebih-lebihan, sibuk bersenam dan berubat mengalahkan kewajipan
sembahyang. Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. Hal ini boleh
merosakkan hati.
Agama tidak
melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang
antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut
segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu
keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah
lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik
dan buruk dalam perbuatannya.iii) Menjadikan syaitan sebagai teman akrabAmat
berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. Meniupkan angin
dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan
syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya.
Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya. Hati yang sakit
melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain.
Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta
dan pendendam. Maka waspadalah!3 – Kasar lidahKehodohan yang paling
ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. Tajam
menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan
bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan
handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang
tidak pandai menjaga lidahnya. Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah
sebati dalam dirinya. Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang
yang mengumpat saudaranya yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu
adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah
menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa
jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat ayat
12).
Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina
perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah Taala yang Maha Suci.
[sumber: fb blogger]
No comments:
Post a Comment