Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah..hari ke - 12 seluruh umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Syukur kpd Allah kerana rakyat Malaysia hidup aman dan makmur dan menjalani ibadah puasa dgn tenang dan suasana aman. Kita mendoakn agar rakan2 kita di negara yang bergolak akan mendapat ketenangan yang sama kita kecapi sekarang.
Lama dah tak menulis entri sendiri. Blog ni bukannya glamer pun, tak juga promo produk atau menjual barangan asas seharian manusia, jarang sekali bercerita kehidupan seharian sendiri. Jujurnya blog ini wujud atas kesedaran diri saya dan sebnarnya untuk santapan rohani dan jiwa bukan sahaja untuk diri saya sendiri malahan dikongsi bersama seluruh umat islam di dunia, terutamanya bangsa Melayu sebab bahasa utama yang digunakan adalah Bahasa Malaysia. Mohon maaf sekiranya ada bahasa 'rojak' English dalam blog ni. Kebanyakkan entri yang saya post di sini adalah dari sumber rakan-rakan blogger Malaysia & Indonesia, para cendiakawan dan muslim brothers and sisters all over the world. Alhamdulillah...setiap entri yang ditulis di sini mendapat pembaca yang mungkin rata2nya rakyat Malaysia di dalam dan luar negara. Terima kasih tak terhingga. Saya tidak mengharapkan apa2 cuma saya berharap entri dalam blog saya ini dapat membantu anda semua dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT dan urusan kehidupan di dunia ini. Saya juga menjadikan blog ini sebagai panduan hidup saya. Sebagai seorang manusia, saya sentiasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa; hidup saya juga serba kekurangan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri mendalami ilmu dan agama Islam itu sendiri.
Mohon maaf kepada blogger-blogger yang saya cedok dan ambil idea kamu tanpa izin, tetapi saya takkan lupa meletakkan perkataan SUMBER dan blog / web anda di ruangan akhir skali. Mungkin ada beberapa ayat yang saya telah ubahsuai mengikut keselesaan pembacaan saya, sekali lagi saya mohon maaf. Niat saya cuma mahu berkongsi idea anda; disebabkan kejahilan saya dalam ilmu agama tetapi sebagai Muslim saya sentiasa sedar atas kekurangan saya ini dan tak akan berhenti memperbaiki diri serta berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Terima kasih atas curahan idea anda, segala info/ilmu/pengalaman seharusnya kita jadikan sebagai panduan dlm kehidupan.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya memanjatkan syukur kepada Allah SWT keran diberi kesihatan yang baik, rezeki yang secukupnya, kehidupan yang serba sederhana dan kebahagiaan di samping keluarga dan rakan2. Kasih sayang tidak boleh dijualbeli dan atas dasar kasih sayang kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan para anbiya' serta sahabat2 mereka dan jua para muslimin/muslimat inilah membuatkan saya bersemangat untuk post entri-entri yang lebih menarik. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala keburukan itu dari kekhilafan diri saya sendiri.
Semoga blog ini dapat membantu rakan2 semua dalam membentuk peribadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelum2nya. Kita haruslah gigih berusaha bersama-sama dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah SWT; di samping menjadikan kita seorang yang rendah diri, tawaduk dan kembali kepada fitrah kita yang sebenar iaitu makhluk Allah yang telah dijadikan oleh-NYA bagi mengabdi serta menghambakan diri supaya kembali kepada Allah SWT. In shaa Allah.. Perbanyakkan amalan2 yang baik di sepanjang Ramadan ini. Berusaha untuk tadarus Al-Quran, melakukan solat terawih dan qiamullail (solat2 sunat yang lain), bersedekah, zikir dan berdoa kepada Allah SWT. Semoga anda semua 'berjaya' mengharungi bulan Ramadan ini sebaik-baiknya. Mengadu dan mohonlah kepada Allah SWT di kala anda suka atau duka. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita walau di mana jua kita berada, di waktu susah dan senang. Fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal!!
Wasalam.
Ikhlas dari ♡ ~ MissYD
12 Ramadan 1434H
Salam Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment