Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti
dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek, aqidah, Syariah, akhlak dan
lain-lain maka kita akan mendapati ajaran-ajaran itu telah dirancang sebegitu
rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara
tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal daripada
Islam sama sekali, pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya
pada nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu ini tentu sekali
tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman
lain yang terdapat di dunia, tetapi segala-galanya disusun dan direncanakan
sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang
Islam dapat menerima ajaran yang dlkemukakan oleh mereka sebagai ajaran Islam.
Walau
bagaimanapun di dalam kertas kerja ini kita akan , mendedahkan kepalsuan ajaran
Syiah, percanggahannya dengan agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat
Islam di setiap tempat supaya agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan
dari muka bumi ini tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan
firman Allah yang
bermaksud:
"Dialah yang telah
mengutuskan Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar
untuk dimenangkan-Nya atas segala agama walaupun orang-orang musyrikin tidak
menyukainya".
(Surah
al-Taubah ayat 33)
Antara
bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan di kemukakan dalam
kertas kerja ini ialah:
· Bahayanya kepada aqidah
· Bahayanya kepada Syariah
· Bahayanya kepada akhlak
· Bahayanya kepada ummah
· Bahayanya kepada negara.
1. Bahayanya Kepada Aqidah
1.1 Aqidah Syirik Dengan Allah
1.1.1 Muhammad bin Yaaqub Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul al-Kafi daripada Abi Abdillah dan berkata,
“Sesungguhnya
dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam,
dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikannya kepada sesiapa yang
dikehendakinya. Itu adalah satu
kebenaran daripada pihak Allah kepadanya (‘al-Kafi
J.1 Hal.409, Bab Dunia ini
semuanya kepunyaan Imam).
Sebenarnya
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran :
"Sesungguhnya
bumi ini kepunyaan Allah. Diberikan-Nya kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya.” (Surah al-A’raf
ayat 128)
Allah berfirman lagi:
“Kepunyaan-Nyalah
kerajaan langit dan bumi…..” (Surah al-Hadid ayat 2)
1.1.2 Allah menyatakan sifat-Nya dalam Al-Quran
sebagai yang
awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman- Nya yang
bermaksud;
“Dialah yang awal dan yang
akhir, yang zahir dan yang batin” (Surah al-Hadid ayat 3.)
Syiah pula meriwayatkan bahawa
Saidina Ali r.a berkata
:
“Akulah
yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah
pewaris bumi ' (Rijal at Kasyi, Hal. 211)
sedangkan Allah telah
berfirman yang bermaksud:
“Kamilah
pewaris bumi dan sekalian makhluk yang ada di atasnya” (Surah Maryam ayat 40).
1.1.3 Al-Kulayini menyebutkan dalam Usul al-Kafi bahawa Imam Muhammed
AI Baqir berkata: ' Kami
adalah wajah Allah, kami adalah mata
Allah di kalangan makhluk-Nya dan kami
adalah tangan-Nya yang terhampar menghulurkan rahmat
kepada hamba-Nya'. (Usul al-kafi,
Hal.83).
Begitu juga diriwayatkan daripada
Abi Abdillah (la 'far al Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s.
selalu berkata; 'Akulah pembahagi Syurga dan neraka
bagi pihak Allah…….. aku dikumiakan beberapa keistimewaan
yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapapun sebelumku…. aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan aku mampu memutuskan perkara dengan tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas daripada pengetahuanku
dan tidak tersembunyi daripada
pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku ' (Kilab Al- Hujjah Min al-Kafi, J.1Hal. 197).
Seorang ahli tafsir Syiah yang
terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirannya ketika
mentafsirkan ayat yang bermaksud “Segala sesuatu akan binasa kecuali wajahNya….” (Surat
Al-Qasas ayat 88)
Meriwayatkan bahawa Ja'afar Al-Sadiq
mentafsirkan ayat ini dengan "Kamilah wajah Allah itu".
1.1.4 Al-Kulayni mengadakan satu bab yang tajuknya berbunyi: ‘Para
Imam mengetahui perkara yang lalu dan
akan datang dan tidak tersembunyi
daripada pengetahuan mereka sesuatupun’.
Di dalam bab ini beliau mengemukakan
satu riwayat daripada Ja 'afar
Al-Sadiq bahawa beliau berkata bermaksud:
'Sesungguhnya
aku mengetahui apa yang ada di langit dan di
bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang
berlalu dan perkara yang
akan datang'. (Ibid, J.1 Hal. 261).
1.1.5 Di dalam kitab yang sama disebut bahawa para
imam boleh menghalalkan dan
rnengharamkan apa yang rnereka kehendaki (Al-Usul Min al Kafi, J.1 Hal 44) sedangkan Allah berfirman di dalam Al-Quran :
“Hai Nabi, mengapa kamu
mengharamkan apa yang Allah halalkan
bagimu …” (Surah al
-Tahrim ayat 1 ).
Ini bermakna Syiah
menyengutukan Allah dengan para Imam
mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu.
Di dalam kitab itu juga Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Ja'afar Al Sadiq berkata: "Mana-mana imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya
dan ke mana mereka akan pergi maka dia
bukanlah hujjah daripada pihak
Allah kepada makhluk-Nya (AI-Usul Min al-Kafi, J.1 Hal 285) sedangkan Allah
berfirman:
“Katakan
tiada siapapun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah’
(Surah al- Naml ayat 65).
Di sini Syiah menyengutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib.
[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]
No comments:
Post a Comment