1.2 Antara Aqidah Syiah yang
sungguh menyesatkan ialah aqidah bada'. Aqidah
ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba'. Al- Bada' bermakna:
~ Nyata atau jelas sesuatu
setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam
firman Allah :
'Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah
yang tidak pemah terfikir oleh mereka” (Surah
az-Zumar ayat 47)
~ Timbul fikiran baru
tentang sesuatu setelah berlalu sesuatu keadaan yang berlainan daripada apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. lni terpakai dalam firman
Allah yang berbunyi:
‘Kemudian timbul fikiran
pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran
Yusof) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa'.(Surah Yusof ayat 35}
Kesimpulannya al-Bada' bererti jahil tidak mempunyai ilmu
yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan Al-Bada'. Di
dalam Al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulayni daripada
ar- Rayyan ibn As-Salt, dia berkata: “Aku
mendengar Ar Rida a.s. berkata, Tidak ada seorang pun Nabi yang diutus Allah
melainkan dia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui
Allah bersifat dengan al -Bada '. (Al
-Usul Min al-Kafi ,J.1 Hal. 148).
Hakikat al-Bada' ini dihuraikan oleh satu riwayat
lain dengan lebih jelas lagi iaitu riwayat yang dikemukakan oleh Al- Kulaini
juga daripada Abu Hasyim Al Ja' afar' katanya:
“Pernah aku
berada di samping Abu Al -Hasan a.s. sepeninggalan anaknya Abu Ja’afar. Ketika
itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya (Abi
Al-Hassan) apayang terlintas di hatiku, mengenai Abu Ja 'afar dan Abu Muhammad. Kisah kedua-duanya,
sama kerana Abu Muhammad yangg diharapkan (menjadi imam sepeninggalan Abu
Ja’far)". Tiba-tiba Abu al-Hasan menghadap ke arahku sebelum sempat
aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata:
“Ya, wahai Abu
Hasyim memang telah berlaku Bada' kepada Allah berhubung dengan Abu Muhamlnad
sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu
walau pun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku
ymlg akan menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang
diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah". ( al-Usul Min AI-Kafi ,J.1 Hal.327).
An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'afar bin Muhammad al- Baqir
telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah
mengisytiharkan kepadanya semasa hidup lagi, tiha- tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja'afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku al-Bada' kepada Allah berhubung dengan sesuatu
perkara (kecuali) seperti mana berlaku kepada-Nya berhubung dengan Ismail
anakku ".( Fraq al-Syiah ,Hal.84).
1.2.2 Untuk
menguatkan lagi aqidah al-Bada' ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang
kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Lut a.s. juga bimbang
akan berlaku Bada' pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta
para Malaikat yang diutuskan untuk menyiksa kaumnya supaya menyegerakan
penyiksaanterhadap mereka sebelumnya dan baru nyata kemudian setelah berlaku
sebab itu (al-Bada'). Inilah dialog Nabi Lut dengan para Malaikat yang tersebut
di dalam riwayat itu:-
Lut berkata
kepada mereka: " Wahai utusan-utusan
Tuhanku apakah perintah Tuhanku
kepada kamu terhadap mereka?"
Para Malaikat menjawab:
“Ia
memerintah kami supaya menimpakan azab ke alas mereka pada hari ini nanti ".
Nabi Lut berkata: “Aku ada hajat dengan kamu”
Mereka bertanya: "Apakah hajatmu itu ? “
Nabi Lut
berkata: "Kamu timpakanlah azab ke
atas mereka sekarang juga kerana
aku bimbang akan berlaku Bada’ kepada
Tuhanku tentang mereka “.
Para Malaikat berkata:
"Wahai Lut, sesungguhnya masa
yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke
atas mereka itu ialah waktu Subuh, bukankah Subuh itu sudah hampir?" (AI-Furu’ Min al-Kafi, J.5 Hal. 546).
1.2.3 Al-Bada'
mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah sehingga mereka
menganggapnya sebagai pernyataan Ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok
bandingnya. Mereka meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa beliau
berkata:
'Tidak ada satu
pun pemyataan Ubudiyyah kepada Allah yang menyamai Al-Bada '. (AI-Usul Min al- Kafi, J.1 Hal. 146).
Daripada Ja'far al-Sadiq pula mereka meriwayatkan beliau
berkata:
"Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang
menyamai Al- Bada' (Ibid)."
Dan katanya lagi
“Sekiranya
manusia mengetahui pahala yang didapatinya kerana memperkatakan dan mempercayai
al-Bada'
tentulah mereka tidakjemu-jemu
memperkatakannya. (AI-Usul Min al -Kafi, J.1 Hal. 148).
Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada
Allah s.w.t. dan menganggapnya sebagai puncak pemyataan Ubudiyyah kepada Allah
sedangkan Allah s. w.t. telah berfirman:
"Dan
sesungguhnya Allah ilrnu-Nya meliputi segala sesuatu".
(Surah at -Talaq
ayat 12)
“Dan Allah Maha
Mengetahui tentang segala sesuatu".
(Surah al -Nisa'
ayat 176).
"Sesungguhnya
tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi mahu pun di
langit". (Surah Al-Imran ayat 5).
"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang
mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha
penyayang". (Surah
al- Hasyr ayat 22).
[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]
[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]
No comments:
Post a Comment