1.3. Antara aqidah Syiah ialah At-Tahrif Fi
Al-Quran, iaitu satu aqidah tentang Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari
ini sudah diubah, di tokok tambah dan di selewengkan.
1.4. Aqidah Al-lmamah dan Al-Walayah, iaitu
kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka
adalah ma'sum serta wajib dita'ati.
1.5. Aqidah Takfir al-Sahabah, iaitu satu
Akidah yang mengkafirkan kebanyakan para sahabat dan menganggap mereka telah
murtad setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang
daripada mereka sahaja.
1.6. Aqidah al-Raj'ah, iaitu satu aqidah dan
kepercayaan Syiah tentang para imam akan dibangkitkan sebelum qiamat untuk
menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak
mereka.
2. Bahaya Kepada Syari'at
Sememangnya musuh-musuh Islam yang
merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan oleh mereka bermaksud
supaya diketepikan dan diperkecilkan syari' at yang dibawa oleh Nabi s.a.w,
sebaliknya Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan
dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
2.1. Al-Quran menyatakan bahawa seseorang akan
diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya (Al- Naml ayat
39). Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain (Al- An'am
ayat 164). (2) Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah dibuatnya
(surah Al- Muddaththir, ayat 38), orang-orang yang tidak sembahyang akan
dimasukkan ke dalam neraka (Surah Al Muddaththir ayat 41 dan 42) dan
orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh
orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisi ke
dalam neraka pada hari qiamat nanti kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan
mengerjakan amal saleh (Surah Al-Furqan,ayat 68,69,70), Mereka meriwayatkan
bahawa Ja'afar al-Sadiq berkata kepada golongan Syiah, “ketahuilah demi Allah! tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun
daripada kalangan kamu, Tidak! Demi Allah! tidak seorangpun! “ (Ar Raudah, J.8 Hal 78).
Ja ' afar al-Sadiq
berkata kepada Syiah (menurut riwayat Syiah) sesungguhnya suratan amalan setiap
orang daripada kamu akan di-penuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan) (Ibid-jilid 8 hal. 3150). Lebih daripada
itu Ja'afaral-Sadiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam darjat mereka
(Nabi) pada hari kiamat nanti (Muqaddimah
al Burhan, Hal. 21).
Ibn Babwaih AI-Qummi
meriwayatkan daripada Ali Rida (Imam Ma’sum yang ke delapan di sisi Syiah): “Qalam diangkat (tidak di catatkan dosa) daripada Syi’ah kita. Tidak seorang pun
daripada Syi'ah kita melakukan dosa atau kesalahan melainkan pasti akan ada
perkara yang menghapuskan dosa-dosanya itu walaupun dia melakukan dosa sebanyak
titisan hujan, sebanyak bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan
daripada pokok.( Uyunu Akhbar al Rida,- J.2 Hal. 236).
Mereka juga meriwayatkan
satu hadith qudsi (satu pembohongan daripada mereka) bahawa Allah berfirman: “Ali bin Abi Talib adalah hujah-ku atas
makhlukku dan cahayaku dalam kerajaan-Ku dan pemegang amanah ilmu-Ku. Tidak
akan masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walau pun dia
menderhakai-Ku. Tidak akan masuk ke dalam syurga mereka yang menolaknya (tidak
menerimanya sebagai imam ma'sum). Walaupun dia menta’ati-Ku. "(Muqaddimah
al- Burhan hal 23 dan kitab al-khisal al-Qummi. J.2 hal 583).
Ini bererti untuk masuk
ke Syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada syariat asalkan dia telah
mencintai Ali dan imam-imam sesudahnya dan untuk menghindarkan diri daripada
neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan maksiat asalkan dia telah
mengenali dan menerima imam dua belas. Setelah itu dia bebas melakukan apa
sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan mengampunkannya , dan dia akan
dimasukkan ke dalam syurga.
2.2. Golongan Syi'ah juga tidak memandang berat
terhadap sembahyang. zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada
Ja’afar al-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya
Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak sembahyang
daripada kalangan kita dengan orang yang sembahyang daripada Syiah kita. Dan
sesungguhn.ya Allah menghindarkan (azab
dan siksaan) daripada Syi’'ah yang
tidak mengeluarkan zakat dengan syi'ah kita yang mengeluarkan zakat, dan
sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syi’ah kita yang tidak
mengerjakan haji dengan syi'ah kita
yang mengerjakannya " (Tafsir
al-Qummi. J.1 hal. 83 dan 84 dan Tafsir
al Ayyasyi. J.1 hal. 135).
Mereka tidak memandang
berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana sudah mencukupi jika
segolongan yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji. Tetapi disebalik
pandangan mereka yang sepi terhadap ajaran dan syari' at yang ditekankan dan
digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dikerjakan, mereka mengadakan syari'at
yang lain sebagai gantinya. Mereka di galakkan supaya mengerjakannya dan
diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu
syari’at cintakan Ahlul Bait, ziarah kubur para imam, mengisi dan meratapi
kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin
mut’ah, mewajibkan khumus atas nama imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah
karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan syahadah
dalam azan dan lain-lain lagi.
2.3. Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan
oleh mereka itu, mereka mengembangkan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka)
dan mentakwilkan ayat-ayat sebagai alasan syar’i atau sebagai surat-surat
pengampunan dan keredaan daripada pihak Allah dan Nabi untuk masuk ke syurga.
2.3.1 Mereka meriwayatkan bahawa menziarahi Husin
a.s. (kuburnya) menyamai seratus haji mabrur dan seratus umrah yang diterima
Allah. (Al- Irsyad-Syikh Mufid, hal.
252).
2.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada
bersabda: "Seseorang yang menziarahi
Husin selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga". (Ibid).
2.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak
mampu menziarahi kuhur Sayyidina Husin, cukuplah dia menangis kesyahidan beliau
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata,
“tidak jatuh setitik air mata kerana
menangisi Al-Husin melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang itu
walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan pastilah dia mendapat
syurga” ( Jila al-Uyun-al Majlisi, J.2.
hal 464-468).
2.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang
menangisi Ali Al Rida (imam ma'sum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah
neraka ke atasnya. Ali Ar-Rida berkata: "Tiada
seorang Mu'min pun yang menziarahi kuburku dan matanya dibasahi setitik air
mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya atas neraka. (UyunAkhbaral-Rida, J.2 hal 227).
2.3.5 Mereka meriwayatkan daripada lmam Musa
Al-Kazim (Imam Ma'sum yang ketujuh) bahawa beliau berkata: "Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali
pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur." Aku berkata ( kata perawi), "Tujuh puluh
haji ?" Dia berkata70,OOO haji. "Kemudian dia berkata " Alangkah banyak haji yang tidak diterima.
Dan sesiapa yang menziarahinya (Ali) lalu bermalam di kubumya, dia seperti
menziarahi Allah di 'arasy-Nya ': ( Kata
perawi: "sepe rti menziarahi
Allah di ' arasy-Nya ' ? " Dia menjawab "ya". (Ibid, J.2
haI259).
2.4. Islam mengadakan institusi perkahwinan
demi menjaga keturunan manusia dan kemurnian hidup berkeluarga dalam satu
ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya Syi'ah mahu menghidupkan amalan jahiliah
atas nama Islam dengan mengemukakan Syari'ah mut'ah, meminjam dan menyewakan
seks dan menghalalkan amalan kaum Lut dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan
mut'ah ini begitu penting dalam Syi'ah kerana tidak dikira seseorang itu
sebagai Syi' ah selagi ia tidak menganggap halal amalan mut'ah.
2.4.1 Al-Kulaini
meriwayatkan daripada Ja'afar bin Muhammad AI-Baqir bahawa beliau berkata:
Bermaksud:
“Bukan daripada kalangan
kami orang yang tidak mempercayai ra’jah (kebangkita semula para Imam sebelum
kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak
menganggap halal mut'ah kita".
(Man la Yahdhuruh al Faqjh, J.3 ha1458; Muntaha Al-Amal- Syeikh Abbas Al-Qummi. J.2 Hal 341)
Untuk menggalakkan amalan
mut' ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadith palsu atas nama para Imam
mereka yang dua belas dan kepada Nabi s.a.w sendiri di mana mereka meriwayatkan
daripada Nabi bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang keluar dari pada dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut'ah, dia akan datang pada
hari kiamat dalam keadaan rompong"(tidak ada hidung).
Ketika Nabi s.a.w mi'raj
ke langit baginda telah ditemui oleh Jibrail, lalu dia berkata,"Wahai Muhammad, Allah s.w.t. berkata: “Sesungguhnya Aku
mengampunkan orang yang melakukan mut’ah dengan perempuan daripada kalangan
ummatmu" (Manla Yahdhuruh al
Faqih, J.3, hal 463).
2.4.2 Perkahwinan mut'ah tidak memerlukan kepada
saksi, wali dan perisytiharan (Tahdhib
Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal
489)
la boleh dilakukan antara
seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan
dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur
sekalipun seperti kata Khomeni di dalam kitabnya Tahrir Al- Wasilah, J.2 hal 292 dan tidak perlu disoal dan diambil
tahu sama ada perempuan itu mempunyai suami atau tidak (al-Nihayah al- Thusi, hal. 489; Tahdhib al-Ahkam, J.7 hal 253).
At-Tusi meriwayatkan
daripada Fadhal Maula Ahmad ibn Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Ja' afar
As- Sadiq a.s, “Bahawa aku telah
berkahwin dengan seorang perempuan secara mut'ah setelah itu timbul dalam
hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Maka aku menyelidiki keadaan yang
sebenarnya. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami ".
Dia (Ja'afar) berkata, “kenapa kamu
selidiki ?" (Tahdhib al-Ahkam,
J.7 hal 253).
Pernah Abdullah bin Umair Al-Laithi menemui Abu Ja'afar (Muhammad AI-Baqir) lalu Abdullah berkata kepadanya, “Apa pendapatmu tentang mut'ah ? Beliau berkata, “Allah telah menghalalkan dalam kitab-Nya dan melalui Nabi. la adalah halal sampai hari kiamat ." Lalu Abdullah bin Umair Al-Laithi berkata, “Wahai AbuJaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar mengharamkan dan melarang daripada melakukannya? Berkata Abu Jaafar, “Walaupun Umar mengharamkan dan melarang daripadanya.” Abdullah bin Umair berkata "Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar," Maka Abu Jaafar berkata kepadanya, “Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah s.a.w. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar antara kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w dan yang salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu”. Berkata perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata “Adakah sepupu perempuanmu melakukan mut’ah ?”. Berkata perawi, maka berpalinglah Abu Ja'far daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya (Al-Furu' Min al-Kafi, J.5 hal. 449; Tahdhibal-Ahkam, J.7.hal 251). Maksudnya disini adalah ketika Abdullah bin Umair akan memut’ah sepupu perempuan dan isteri Abu Jaafar, maka dia pun mengingkari sendiri kebenaran mut’ah.
[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]
No comments:
Post a Comment