3.2 Antara
ciri yang tidak dapat dipisahkan daripada Syiah ialah "Taqiyyah".
Taqiyyah pada hakikatnya
ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman lampu tidak mahu menerima
riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan
pembohongan dan kerana itu Imam Syafie berkata, "Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih
pembohong daripada golongan Syiah".
3.2.1 Syiah ada meriwayatkan hadith daripada lmam
mereka tentang pentingnya mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang
tidak mengamalkan taqiyyah.
Al-Kulaini
meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kafi bahawa Jaafar As-Sadiq berkata,
"Taqiyyah adalah antara ajaran agamaku dan agalna nenek moyang-ku. Tiada
agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah ". (Al-Kafi, J.2 hal. 223).
3.2.2 Taqiyah adalah amalan yang disukai oleh imam
ma'sum dan satu amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah.
Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, “Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka bumi
ini yang disukai olehku daripada Taqiyyah ".
3.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan
Taqiyyah akan di angkat darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang
yang tidak mengamalkannya.
Al-Kulaini meriwayatkan
daripada Abu Abdillah bahawa beliau berkata, “Allah mengangkat darjat orang yang mempunyai Taqiyyah dan merendahkan
orang yang tidak mempunyai Taqiyyah". (Usul al Kafi, J.2 Hal 217).
3.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan
kehidupan beragama sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan
beragama.
Al-Kulaini meriwayatkan
lagi daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya sembilan persepuluh agama terletak dalam Taqiyyah, tiada
agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah". Taqiyyah boleh dilakukan dalam
semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan menyapu khuf.
3.2.5 Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya
ditegakkan di atas taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ja'far al Sadiq
bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya
kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah
dan sesiapa menyebarkannya akan dihina Allah". ( Al Kafi, J.2, hal 222).
3.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan
oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah
jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa
bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi
orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka
beliau ditanya, “Wahai cucunda
Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, " Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya
Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam
Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ". ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).
3.2.7 Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih
dengan berkata bahawa taqiyyah itu bukanlah satu amalan yang bercanggah dengan
Islam kerana seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa
dan dikerasi seperti yang berlaku kepada Ammar ibn Yasir.
Tetapi
sebenarnya ini hanya dolak dalih mereka kerana terlalu banyak riwayat Syiah
yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang tekanan
dan paksaan.
Antaranya ialah riwayat
yang dikemukakan oleh Al-Kulaini daripada Muhammad bin Muslim bahawa beliau
berkata, "Aku masuk untuk menemui
Abu Abdillah (JaafarAs-Sadiq a.s.) ". Pada ketika itu di sisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya,
" Semoga diriku dijadikan
tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh. "Maka beliaupun
berkata kepadaku, 'Wahai Ibn Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada
orang yang arif tentangnya di sini. ' "Sambil
dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan,
'Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan
membawa banyak buah badam dan dihemburkannya buah badam itu kepadanya. Aku
berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini'.
Maka
Abu Hanifah pun menta'birkan mimpiku dengan berkata, "Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan
orang- orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi
selepas engkau mengalami susah payah engkau akan juga mendapat hajatmu daripada
harta pusaka itu, Insyaallah '. "
Mendengar
ta'bir itu Abu Abdillah (Ja'far al Sadiq) pun berkata, “Demi Allah! tepat
ta'birmu itu, Wahai Abu Hanifah. Muhammad bin Muslim", Tidak lama kemudian
Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar Sadiq). Lalu berkata kepadanya,.
“Semoga diriku di jadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada Ta'bir nasibi
ini, “lalu ia berkata, " Wahai
lbn Muslim: Semoga Allah tidak memburukkan padahmu!. Tab’bir mereka tidak akan
menepati ta'bir kita dan ta'bir kita pula tidak akan menepati ta'bir mereka, ta
'bir mimpimu yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya. Muhammad bin
Muslim berkata, "Akupun berkata kepadanya (Jaafar As-Sadiq); Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana
dengan katamu tadi (kepada Abu Hanifah), 'tepat ta'birmu' dan engkau bersumpah
pula atas ta'birnya padahal dia salah? beliau berkata, "Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi
tepat salah." (Ar-Rawdah Min Al-Kafi, J.8 hal 292).
Kita semua maklum Abu
Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan
ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak
penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar As Sadiq bersikap demikian jika
tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah.
3.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan
taqiyyah ketika membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya,
“Perkara kedua (yang membatalkan
sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain (
dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh
orang-orang bukan daripada kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya
dalam keadaan taqiyyah.” (Tahrir
al-Wasilah J.1 hal 186).
Dia berkata lagi, "Dia sengaja mengucapkan 'Amin' selepas
selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah,
tidak mengapa mengucapkannya ". (Tahrir
al Wasilah J.1 hal 190).
[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]
No comments:
Post a Comment