Bhg. 7: Bahaya SYIAH kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara

4.         Bahaya Kepada Ummah

Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.  Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam masa lampau yang terdiri daripada para sahabat dan tabi'in, yang telah begitu berjasa kepada mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan penuh rasa tanggungjawab generasi demi generasi sehingga ke hari ini.

4.1       Memecahbelahkan Ummah

4.1.1   Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana mereka menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis.
Syeikh Mufid berkata,"golongan lmamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir".(A waail al-Maqalat, hal :15)
Ibn Babwaih Al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Saduq (Syeikh yang sangat benar) berkata, "orang yang tidak menerima (tidak mempercayai Imam Ghaib adalah lebih kafir dari Iblis". "(Ikmal al-Din, hal 13).

4.1.2   Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan Syiah adalah anak zina .

Al-Kulaini meriwayatkan dalam Al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita. (Ar-Rawdah Min al-Kafi, hal 135)
Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh Al Majlisi di dalam Bihar al-Anwar, J.24 hal 311 .

4.1.3       Ahli Sunnah lebih hina daripada anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi menulis:
Bermaksud: “Mereke (Nasibi atau Ahli Sunnah) lebih jelek daripada anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (Haqq al-Yaqin, J.2 hal 536).

4.1.4   Golongan Syiah menganggap harta Ahli Sunnah adalah hala, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan Khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu.

At-Tusi meriwayatkan daripada Abu Abdillah, kata beliau “ambillah harta Nasibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahdhib al-Ahkam, J.2 hal. 48)
Tokoh-tokoh Syiahjuga berpendapat bahawa harta Nasibi dan segala sesuatu yang dimilikinya adalah halal. (Tahdhib al- Ahkam, J.2 ha148).
Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurr Al-Amili dalam kitabnya Wasail al-Syiah, (J.6 hal 340)

4.1.5   Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah sebagai najis.
Khomeini berkata , "Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah.” (Tahrir al- Wasilah, J.1 hal. 118).

4.1.6   Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini, "Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan nasibi walaupun dia menyatakan Islanmya." (Ibid, J.2 hal 146).

Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat manusia? Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan, suasana bagi membenci dan menyimpan dendam kesumat yang berpanjangan antara satu dengan yang lain?
Tentu sekali ! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah ke dalam masyarakat umat Islam.


4.2.      Mempercayai perkara-perkara bidaah Khurafat dan Tahyul serta mengamalkannya.

4.2.1           Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat kebajikan di situ pasti mendatangkan pahala yang besar .

Mereka rneriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad dan Kufah adalah Tanah Haram Ali a.s. Sesungguhnya Ali a.s. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah. (Syeikh Abbas al-Qummi -Safinatu Al Bihar J.2. hal. 498 dan Mulla Mohsein al-kasyani al-Wafi, J.8 haI215). Diriwayatkan daripada Abu Abdillah bahawa beliau berkata, "Membelalanjakan satu dirham di Kufah sama dengan membelalanjakan 1OO dirham di tempat lain dan mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan mengerjakan 100 rakaat di tempat lain.” (Ibid)

4.2.2           Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga digunakan oleh orang-orang Syi’ah sebagai tempat sujud dimana-mana saja di dunia ini. Jarang sekali ditemukan rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya.

Mereka juga menganggap tanah Karabala itu boleh dimakan sebagai penawar.

Keutamaann yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain termasuklah tanah kubur Rasulullah s.a.w. dan para Imam yang lain.
Khomeini berkata, “Kecualikan daripada tanah (yang tidak harus dimakan) tanah kubur Penghulu kita Abu Abdillah Al-Husain a.s. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih daripada kacang tanah putih yang sederhana, tidak termasuk di dalam hukum boleh memakan tanah ini, tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi s.a.w dan tanah kubur para Imam a.s. yang lain”. (Tahrir al-Wasilah, J.2 hal. 164).

4.2.3   Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan menganggap sunat mandi pada hari itu.
            Khomeini berkata, “Antaranya (antara mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah mandi dua hari raya dan antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz.”  (Tahrir al-Wasilah, J.1 hal 98-99)

4.2.4   Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan Sayyidina Husin di Karbala pada 10 Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah, Khurafat dan kekufuran.


4.3.      Keganasan Akan Berlaku Di kalangan Ummah

4.3.1   Syiah menggangap orang-orang Islam daripada kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Diriwayatkan daripada Daud bin Farqad katanya, "Aku berkata kepada Abu Abdillah a.s apa katamu tentang membunuh Nasibi. " Beliau berkata, "Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding kertasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah. (Ibid Bab Waih'llalu al-Syara'i ,hal 200, Wasail al-Syiah, J.18 hal. 63, Bihar al Anwar, J.27 hal 231).

At-Tusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu Al-Buhari telah membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Ja'far al-Sadiq dan menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun ia tidak menyalahkannya. Abu Buhari menceritakan, "Antara mereka ada yang aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku panggil dimuka pintunya pada waktu malam, apabila keluar aku terus membunuhnya. Adajuga diantara mereka yang aku temaninya dalam perjalanan, bila sampai di tempat yang sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh ,sesiapapun". (Rijal Kasysyi, hal 34).

4.3.2   Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapa Imam Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi.(Biha al-Anwar, J.52 hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).

4.3.3   Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebut bahawa, "Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi-Kitab al Ghaibah, hal.282).

4.4       Memusnahkan Imej Islam

4.4.1   Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan daripada Islam seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.

4.4.2   Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti upacara pada 10 Muharram yang sungguh memalukan setiap orang Islam perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam denga upacara-upacara keagamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kavadi atau upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.

4.4.3   Setiap orang Islam merasa sedih di alas kesyahidan Sayyidina Umar ditangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa dirinya Islam sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka gelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. ( Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. Hlm 455).

Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini (hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah Hari Raya besar, hari Kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "

Sungguh ganjil kepercayaan yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi.

4.5       Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana pembawa-pembawanya sudah dianggap sebagai perosak, pengkhianat dan perampas hak Ali dan ahlul bait selain daripada orang yang bertanggungjawab mengubah kandungan Al-Quran dan memalsukan hadlth-hadith.

Ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras.

Pada ketika itu mereka akan menganggap agama tidak lebih daripada candu seperti yang dipercayai oleh orang-orang komunis.

[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]

No comments:

Post a Comment