DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

Firman Allah SWT yg bermaksud:
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar (obat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." Surah Al Israak ayat 82
Al Qur’an dapat memberi ketenangan dan kekuatan bagi orang yang beriman dalam menghadapi berbagai bencana dan musibah. Dengan jiwa yang tenang dan penuh keyakinan akan pertolongan Allah, sel-sel tubuh juga akan menjadi kuat dalam menentang pelbagai penyakit yang datang menyerang. Dengan jiwa yang tenang dan stabil sel tubuh juga akan menjadi kuat dalam memperbaiki berbagai kerosakan yang terjadi di dalam jaringan tubuh badan seseorang. In Shaa Allah dengan menghayati ayat ayat al Qur’an yang didengar atau dibaca, jiwa akan menjadi tenang dan stabil, sehingga seluruh sel tubuh juga akan mampu menghadang dan mengalahkan berbagai penyakit yang datang menyerang tubuh kita.  

Terdapat lapan surah ini yang boleh dijadikan amalan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya. Marilah kita bersama2 mengamalkan dan membantu..

(sumber: USTAZAH AZIMAH)

No comments:

Post a Comment