Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda:” Allah swt berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya diri-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka. Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.Apabila diadatang kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.
Kesimpulan dari hadis di atas ialah:
1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir
2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang berzikir
3. Berzikir sangat banyak kelebihannya
4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih kasih sayang.
(sumber: blog Ustazah Azimah)
No comments:
Post a Comment