TERJUMPA KEKASIH LAMA-APA PATUT BUAT?

Apa perasaan korang bila terjumpa balik bekas kekasih lama?..Ada macam2 perangai orang dalam dunia ni. Bila putus cinta aku pasti dua2 pihak akan rasa sakit hati. Tak banyak sikit mesti ada punya la kan..Ye la bila kita suka sama suka semua indah belaka.
Tapi bila dah jadi tak suka, hah ada je point yang nak kita buruk2 kan si dia. Begitulah sebaliknya. Ada sesengah orang juga amik masa yang lama untuk rawat hati yang terluka. Ada sesetengah orang juga sekejap jer dah dapat pengganti. Ini terpulang pada pandangan peribadi seseorang tu terhadap cinta. Dan jangan pelik pula sebab ada orang yang memang tak boleh hidup tanpa cinta..(maksud aku cinta lelaki perempuan-kalo cinta kepada agama, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul,itu sudah semestinya)
Jadi setelah bertahun berpisah, tiba2 di satu masa andai kata kita bertemu kembali dengan bekas kekasih kita, apa yang perlu kita lakukan?? Perlu ke kita elak untuk terserempak, berpatah balik guna laluan yang lain atau terus berjalan berselisih bahu tanpa berkata walau sepatah pun? Atau andaikata hubungan kita masih baik dengan dia, perlu ke kita sapa dia bila terjumpa? Macam mana pulak kalau ketika kita terserempak tu kita dan dia sama2 sedang berjalan dengan pasangan masing2?
Sedikit sebanyak mesti hati kita terdetik. Apa la akan jadi andai perpisahan tu tiada..Huhu..PAda aku adalah lebih baik kita terus maju ke hadapan tanpa sesekali menoleh kepada sesuatu yang mengingatkan kita pada benda yang lepas. Yang berlalu biarlah berlalu. Jangan nak kenang2 atau kesal2. Dah tak berguna..
Sesekali fikir positif dan ucaplah terima kasih kepada kenangan dan kekecewaan dulu sebab adanya kekecewaan dulu membuatkan kita lebih tabah dan kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang. Jangan sesekali simpan dendam dalam diri sebab nanti akan menyusahkan kita juga pada akhirnya. Sebab kita sendiri yang makan hati. Jadi, kuatkan azam untuk terus hidup dengan gembira. Tunjuk yang kita sebenarnya lebih bahagia selepas ketiadaannya.

(sumber: nani1230.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment