Ziarah Sahabat Yang Sakit

Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi (al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasa’i, t.t.: 1913; Ahmad, 1994: 1790 Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.”(Al-Bukhari dan Muslim)
Semua perkara di atas dianggap wajib fardu kifayah untuk umat Islam melakukannya dan kita dapati semuanya menjurus kepada persaudaraan Islam. Bagi mendidik umatnya kepada amalan menziarahi orang sakit, Allah S.W.T. dan Rasulnya memberikan berbagai keistimewaan untuk golongan yang suka menziarahi orang yang sakit ini.

KEISTIMEWAAN MENZIARAHI ORANG SAKIT
Menziarahi orang yang sedang sakit salah satu tuntutan persaudaraan. Apatahlagi yang sakit itu merupakan ibu bapa, kaum kerabat dan ipar duai. Syiar Islam dalam amalan menziarahi orang sakit ini amat dihargai oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w. sebagai termaktub di dalam hadis-hadis agar umat Islam boleh terdidik diri dengan amalan ini. Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang jika mereka mendidik diri mereka dengan amalan menziarahi orang saki ialah:

Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.
Dalam satu menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, 2001: 4661), “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba, “Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.”(Muslim) Maksud hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit seolah-olah dia menziarahi Allah yang sedang sakit walaupun pada hakikatnya Allah S.W.T. terkaya daripada terkena sakit.

Pahala Syurga dan Kebun-Kebunya yang Subur
Orang yang terdidik dengan amalan ziarah orang sakit ini diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. iaitu seolah-olah dia sedang mengumpulkan hasil kebun syurganya selama dia di samping orang sakit yang diziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda (Riwayat Muslim, 2001: 4658; Ahmad, 1994: 21355) Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”(Muslim) Hadis ini membawa maksud bahawa menziarahi orang sakit seolah-olah sedang sibuk beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula.

Doa Para Malaikat
Penziarah orang sakit juga boleh mendapat doa dan selawat daripada para malaikat mengikut waktu mereka datang. Sekiranya seseorang datang menziarahi orang sakit di waktu pagi, dia akan dapat doa dan selawat daripada pagi hingga ke petang. Sekiranya dia datang waktu petang, dia akan dapat doa dan selawat para malaikat pada waktu petang sehingga ke pagi. Apa yang istimewanya bukan satu atau dua malaikat yang berdoa untuknya tetapi sebanyak 70,000 para malaikat. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya (Abu Dawud, 1994: 2694; Riwayat al-Tirmidhi, 1994: 891; Ahmad, 1994: 928), Maksud Ali berkata; tidaklah seorang laki-laki menjenguk orang yang saki pada sore hari melainkan akan keluar tujuh puluh ribu malaikat yang memintakan ampunan untuknya hingga pagi hari, dan baginya kebun di Surga. Dan barang siapa yang mendatanginya pada pagi hari, maka keluarg bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang memohonkan ampunan baginya hingga sore hari, dan baginya kebun di Surga.(Abu Dawud, al-Tirmidhi, dan Ahmad)

Begitulah beruntungnya orang yang terdidik dengan amalan menziarahi orang sakit. Dengan menjaga hubungan silaturrahim melalui amalan ziarah bermacam-macam ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. untuk mereka yang boleh disebutkan di sini. Di dalam kitab-kitab hadis masih terdapat bermacam-macam lagi ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w.

(sumber: website Dr Kamarul Azmi Jasmi, UTM)
-- entri selepas menziarahi kak Hanna di KPJ Hospital; semoga beliau segera sembuh..in shaa Allah..amin). ♥ u kakak...

No comments:

Post a Comment