Penghijrahan Diri
Syukur kepada Allah kerana telah beri peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan. Sebagai hamba-Nya, syukurilah sentiasa atas segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan Allah SWT. Semakin hari kita menginjak dewasa dan tahun baru 1435H bakal tiba tak lama lagi. Sejauhmanakah penghijrahan dalam diri kita selama ini? Adakah kita telah pelajari sesuatu dari pengalaman-pengalaman terdahulu?
Apabila kita memandang terus ke hadapan, kadang-kadang kita kena toleh jua ke belakang untuk perbaiki kesilapan dan khilaf kita. Perjuangan kita masih belum selesai. Sentiasa istiqamah dan yakin bahawa Allah sentiasa brsama-sama kita; setiap ujian yang melanda pasti ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya. Be positif dan tawakkal kepada Allah selalu.
Semoga Allah beri kekuatan dalam diri saya untuk terus menulis dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan blogger lain di tahun-tahun akan datang. "If you see something wonderful, do not wait to say something good." Ini sahaja kemampuan dalam diri saya untuk turut sama-sama berdakwah yang mana merupakan tanggungjawab sosial dalam masyarakat kita; di samping memperbaiki dan mengingatkan diri saya sendiri. Hijrah diri amat memerlukan pengorbanan jiwa dan raga. Andai kita dicemuh dan diejek; sentiasa sabar menghadapinya. Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita, selamanya.
Doa untuk rakan-rakan; semoga tahun baru ini bakal memberikan lebih banyak lagi kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan, kesihatan yang lebih baik, limpahan kasih sayang, peningkatan dalam kerjaya dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan hubungan kita sesama manusia serta hubungan dengan Allah SWT. In shaa Allah..amin ya robb.
Wallahualam.
Ikhlas dari ♡..
Cara Menukar Kalendar Masihi ke Tarikh Hijrah
Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb… kononnya hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).
Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikhdaripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan antum ketahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting ke dalam bulan Islam / Hijrah. Antaranya :~
Tarikh kelahiran ahli keluarga
Tarikh kelahiran kenalan
Tarikh pertunangan
Tarikh pernikahan
Tarikh perkhwinan
Tarikh perkhwinan
Tarikh pindah rumah
Tarikh kematian dsb.
Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah
Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita tengok bersama. Antum cuma perlu klik pada link/pautan di bawah ini :~
Bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama-nama bulan, rajah berikut boeh dijadikan panduan:
Bulan Hijriah
Selamat mencuba!!
Berbeza
Ada kalanya terjumpa tarikh Hijrah yang berbeza atau berselisih satu hari di antara sesuatu laman web dan jangan terkeliru kerana ia dikira berdasarkan ‘Hilal’ di tempat masing-masing. Contohnya akhir Ramadhan di Malaysia jatuh pada 29 Ramadhan, tetapi bagi tahun tersebut jika disemak di internet kemungkinan di negara Asia Barat tarikhnya sehingga 30 Ramadhan dan kekadang terjadi sebaliknya.
Tanggungjawab
Sesetengahnya begitu teruja kerana rupa-rupanya baru tahu mereka dilahirkan dalam bulan mulia iaitu pada bulan Syawal atau Ramadhan. Bagi yang menghargai, tentu rasa terharu bagaimana pengorbanan seorang ibu beraya di hospital atau dalam keadaan berpantang melahirkan antum…
Sekiranya terdapat ibu yang sedang uzur atau telah meninggal dunia, risik-risiklah pada saudara-mara kerabat terdekat sama ada sudah diqadha puasa dan di bayar fidyahnya. Jika belum, maka sebagai anak dan kini setelah besar panjang dengan kedudukan kerjaya dan ekonomi yang baik, adalah menjadi tanggung jawab antum semua melunaskannya bagi menyempurnakan amal ibadah mereka yang tertangguh.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
“Apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Kisah DUA ♥
Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu.
Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini...ku mohon redhailah kami dan iringilah kehidupan kami dengan kasih sayang berpanjangan..
Amin ya robb
(sumber: diarihati.com)
Nasihat & Peringatan..teruskanlah walau apa pun yang terjadi
Kenapa?
1. Kita ambil sahaja iktibar dari diri kita sendiri. Betapa kita sendiri pun bukan sekali dinasihat terus patuh. Bukan sekali diberikan peringatan terus berubah. Betul atau tidak?
Apabila kita renung pengalaman kita sendiri, banyak amalan atau perkara yang kini kita mampu buat sebenarnya telah kita dengar mengenainya bertahun-tahun dulu. Baru kini mampu buat dan tekun dengannya. Itu pun setelah berkali-kali diberikan nasihat dan teguran. Dulu, kita belum lagi terbuka hati dan bersemangat untuk melakukannya. Ia tentunya hidayah dan taufiq dari ALLAH `Azza wa Jalla. Tiada daya dan tiada kekuatan diri kita melainkan dengan izin ALLAH.
Justeru, orang lain juga begitulah keadaan mereka secara umumnya. Mungkin setelah beberapa kali dinasihati barulah mereka mahu berubah. Maka teruskanlah nasihat. Jika tuan/puan kagum akan diri tuan/puan yang mampu menasihati seseorang dengan sekali nasihat lalu dia terima, percayalah bahawa dia sebenarnya sebelum ini telah pun beberapa kali mendengar nasihat itu. Cuma kini, barulah direzekikan kepadanya untuk berubah dan dapat terima nasihat tersebut.
2. Kita ambil juga iktibar dari kita yang selalu lupa dan lalai. Contohnya jika kita telah pun mampu berubah menjadi manusia yang baik dari sebelumnya dan mampu mengamalkan banyak dari ajaran agama, tentu sampai pada suatu masa kita lalai atau leka dan kadang-kadang didatangi sifat malas. Memang kita manusia begitu. Tiba-tiba apabila datang nasihat dari orang lain atau kita terbaca suatu peringatan yang sebenarnya nasihat dan peringatan itu telah pun kita ketahui, maka tersedarlah kita. Itu akan menyedarkan kita dari kelupaan dan kelalaian serta akan mendatangkan muhasabah dan membangkitkan motivasi buat kita.
Samalah dengan orang lain. Mungkin nasihat yang kita berikan, walaupun ia nasihat yang mungkin dipandang remeh oleh orang atau ia nasihat yang sudah berulang kali didengar manusia, tetapi mana tahu, ia mungkin menjadi peringatan dan semangat baru buat orang lain. Menyedarkan yang lalai. Mengingatkan yang lupa. Membangkitkan motivasi bagi yang lemah dan malas.
3. Apabila kita terus memberikan nasihat dan berulang-ulang pula, sebenarnya diri kita itulah yang kita beri nasihat. Hati kita terlebih dulu ditegur, sebelum nasihat itu masuk ke dalam hati orang lain. Mata kita sendiri dahulu yang membaca peringatan itu, sebelum ia dilihat mata orang lain. Dan telinga kita dahululah yang terima mesej tersebut, sebelum mesej yang kita ucapkan itu sampai ke telinga orang lain.
Nah, ia pastinya memberikan kebaikan buat diri sendiri dalam menjalani kehidupan ini dan disedarkan selalu dengan tadzkirah dari diri sendiri. Menasihati orang lain sebenarnya kesannya lebih kepada diri sendiri.
4. Semua amalan manusia sedang dicatit oleh dua malaikat yang cukup cergas, setia dan bersiap sedia mencatit semua amalan kita tanpa terlepas sedikit pun. ALLAH Ta`ala berfirman:
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ. مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Maksudnya: “Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaaf, 50:17-18)
Semua yang kita lakukan, contohnya perbuatan memberikan nasihat kepada orang lain akan turut dicatit oleh malaikat-malaikat tersebut. Dan semoga ia menjadi sebab untuk mendapat rahmat ALLAH pada Hari Akhirat nanti. Jika sekali kita berikan nasihat, maka sekalilah yang dicatit. Jika banyak kali kita memberikan nasihat, maka berulang-ulang kalilah pula dicatit oleh malaikat walaupun ia nasihat yang dipandang remeh oleh manusia. Dan mudah-mudahan ia akan memberatkan catitan amalan kebaikan buat kita kelak, dengan izin ALLAH.
Firman ALLAH `Azza wa Jalla berikut dapat menggerakkan kita untuk memperbanyakkan amal:
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Maksudnya: “(Setelah berlaku Hari Kiamat), maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.” (Surah al-Qari`ah, 10: 16-17)
Firman ALLAH `Azza wa Jalla berikut dapat menyedarkan kita bahawa amalan yang kita pandang remeh sekali pun akan diperlihatkan dan diberikan kebaikan buat kita, in shaa’ ALLAH:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Maksudnya: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah al-Zalzalah, 99:7)
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang menggalakkan kita agar melakukan kebaikan dalam cara apa sekali pun asal sahaja bertepatan dengan syariat Islam. Jika orang tak terima nasihat kita pun, tetap perbuatan menasihati itu akan dicatit dan dikira sebagai kebaikan dan pahala dari sisi ALLAH, in shaa’ ALLAH.
5. Dan jika manusia terima nasihat kita dan amalkan pula, ma shaa’ ALLAH lagi besarlah pahala yang bakal diperolehi oleh kita. Hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berikut mungkin dapat mendatangkan motivasi kepada kita kerana ia bukan sahaja menggalakkan kebaikan, bahkan menjanjikan suatu gandaan pahala yang banyak kepada kita jika kita menyampaikan nasihat kepada orang lain lalu diterima dan diamalkan pula oleh mereka yang kita sampaikan. ALLAHU AKBAR!
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk/kebenaran, maka dia mendapat pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangi pahala – pahala mereka sedikit pun.” (HR Muslim)
Dengan menghayati hadith di atas, kita sebagai manusia tentu akan berusaha untuk membuatkan manusia lain terima nasihat kita seterusnya mengamalkannya. Kerana kita mahukan ganjaran yang berlipat kali ganda. Maka, untuk membuatkan manusia terima nasihat kita, bukan sahaja kita harus terus-terusan sampaikan nasihat, bahkan yang sepatutnya ialah kita mempelbagaikan cara menyampaikannya. Kekreatifan dan keinovatifan dakwah bisa datang mengikut pengalaman masing-masing dan keadaan. Asal sahaja tidak bercanggah dengan syariat Islam, nah silakan!
Apa pun, hidayah dan taufiq itu adalah milik ALLAH Jalla wa A`la. Kita cuma menyampaikan setakat yang kita mampu. Kita bukanlah pengubah manusia, tetapi ALLAH lah yang mempunyai kuasa itu. Itulah sikap yang perlu ada pada kita jika kita mahu menyampaikan nasihat kebaikan. Sampaikan dan sampaikan, keputusannya terserah kepada ALLAH.
Semua yang kita lakukan bakal memberikan kebaikan kepada diri kita sendiri, justeru teruskanlah sampaikan nasihat dan peringatan. Walaupun berulang-ulang kali. Walaupun ia dipandang remeh dan kecil oleh manusia. Mudah-mudahan nanti kita pada Hari Akhirat bisa ketawa bahagia dengan keredhaan ALLAH Jalla wa A`la, amin…
[sumber: muzir.wordpress.com]
Lamarlah lelaki itu..
“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”
Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui. Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu.
Yang pertama ialah tentang hakikat bahawa kurangnya lelaki-lelaki soleh pada zaman mutakhir ini. Ini adalah suatu hakikat yang pahit namun terpaksa ditelan oleh semua orang. Bukan sahaja para wanita yang secara khususnya perlu berhadapan dengan hakikat ini. Malah juga terpaksa dihadapi oleh ibubapa yang tentunya sangat risau untuk menyerahkan anak-anak perempuan mereka kepada bakal suami masing-masing yang entah bagaimana latar belakangnya.
Yang kedua ialah tentang kepentingan memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai suami. Kerana suamilah tunggak keluarga yang menegakkan rumahtangga. Dan suamilah nakhoda yang berperanan mengemudi bahtera rumahtangga. Tanpa tunggak yang utuh dan nakhoda yang berhikmah, tentunya rumahtangga mudah goyah akibat angin ribut yang meniup dan gelombang ombak yang memukul. Justeru memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai bakal suami amat penting. Mesti disertai dengan menggunakan akal dan rasional yang tinggi. Bukan hanya memilih berdasarkan perasaan cinta semata-mata.
Berdasarkan dua perkara ini tentunya para wanita dapat memilih tindakan yang sewajarnya apabila tiba-tiba mereka mendapati ada lelaki soleh dan berkualiti yang layak untuk dijadikan tunggak dan nakhoda buat rumahtangga yang bakal mereka dirikan kelak. Apakah tindakan itu?
Ya, tepat sekali. Lamarlah lelaki itu…!
Itulah nasihat yang saya selalu berikan apabila saya didatangkan dengan situasi-situasi seperti ini dalam beberapa emel yang saya terima. Tentunya juga jangan terburu-buru. Selidik dan kajilah dahulu latar belakangnya. Sertakan juga dengan do`a dan solat istikharah agar ALLAH memberikan petunjuk kepada persoalan yang penting ini. Petunjuk dari ALLAH adalah suatu yang sangat penting untuk diminta dalam membuat semua keputusan.
Sekarang saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan di awal tulisan ini.
“Bolehkah wanita melamar lelaki?”
Dalam agama Islam, tiada larangan untuk mana-mana jantina untuk melakukan lamaran. Samada lelaki atau wanita, mereka layak dan boleh untuk menyatakan hasrat masing-masing untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang mereka berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.
Malah di dalam sejarah Islam, seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya. Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid. Beliau telah melamar seorang lelaki mulia, lagi bijak, lagi amanah, lagi kacak, lagi jujur iaitu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk dijadikan suami kepada beliau.
Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya. Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Nah, perbuatan melamar lelaki bukan sahaja boleh, malah telah dilakukan oleh seorang wanita yang mulia dan ahli Syurga, iaitu Khadijah radhiAllahu `anha. Mencontohi perbuatan orang-orang yang mulia dalam agama, insyaALLAH akan menghasilkan natijah yang juga mulia.
“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
Ini antara soalan yang selalu juga diutarakan oleh para wanita apabila membicarakan soal ini. Mari kita lihat Khadijah radhiAllahu `anha dalam memahami situasi ini.
Khadijah radhiAllahu `anha bukanlah hanya wanita biasa dalam masyarakatnya. Beliau adalah seorang yang dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakatnya. Harta kekayaannya besar. Perniagaannya juga berjaya.
Beliau bukan sahaja hartawan dan usahawan, tetapi juga seorang ‘selebriti’ yakni tokoh yang disegani. Telah beberapa kali Khadijah dilamar oleh orang-orang kaya dan kenamaan, namun ditolaknya. Pilihan beliau teralih kepada seorang pemuda yang tidak punya apa-apa. Tiada kekayaan. Tiada harta. Tiada pangkat. Apa yang hanya ada pada lelaki tersebut ialah akhlaq yang baik, amanah, jujur, bijaksana dan merupakan keturunan yang mulia. Lelaki itu ialah Muhammad al-Amin sallAllahu `alaihi wasallam.
Pada ketika itu, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berumur 25 tahun dan belum lagi menjadi Nabi dan Rasul. Ini bermakna tiada apa-apa kelebihan yang terdapat pada Baginda melainkan apa yang telah disebut di atas. Yang tertarik pada pandangan Khadijah ialah peribadinya sahaja.
Cuba lihat; seorang wanita yang hartawan, usahawan, jelitawan dan bangsawan tiba-tiba datang melamar seorang lelaki biasa. Pada pandangan masyarakat ia mungkin menjatuhkan maruah. Tetapi pada pandangan Khadijah, ia bukan. Bahkan beliau tahu ia untuk kebaikan buat dirinya.
Dan hasil perbuatannya itu, bukan maruah yang jatuh. Tetapi maruah dan kedudukannya diangkat setinggi-tingginya hingga hari ini, hingga Hari Kiamat. Beliau adalah Ummu al-Mukminin dan dipuji oleh penduduk bumi dan langit.
Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
Di dalam kitab sirah ada diceritakan bagaimana Khadijah melamar Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Sebenarnya Khadijah pada awalnya telah tertarik dengan pemuda bernama Muhammad setelah mendengar berita tentang sifat-sifat mulianya. Khadijah lalu menawarkan Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk membawa barang dagangannya ke Syam.
Kembali ke Makkah dari Syam, Khadijah mendapati keuntungannya berganda. Keuntungan yang banyak ini hasil daripada peribadi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam yang baik, jujur, amanah, akhlaq yang mulia, fikiran yang tajam dan tutur kata yang benar. Sifat-sifat ini telah diceritakan oleh Maisarah iaitu hamba Khadijah yang dihantar membantu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berdagang di Syam.
Khadijah mendapati apa yang dicarinya sudah ditemui. Hasrat murninya itu telah disampaikan seorang temannya yang bernama Nafisah binti Muniyyah. Nafisah lalu menemui Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dan menyatakan apa yang telah disampaikan Khadijah kepadanya. Baginda menerima dengan baik apa yang dihasratkan oleh Khadijah melalui Nafisah itu.
Lalu Baginda memberitahu bapa-bapa saudaranya tentang hal itu. Kemudian bapa-bapa saudara Baginda pergi menemui bapa saudara Khadijah untuk melamarnya. Ekoran daripada itu, berlangsunglah perkahwinan dua insan yang mulia ini. Khadijahlah wanita pertama yang dinikahi Baginda sallAllahu `alaihi wasallam dan Baginda tidak mengahwini wanita lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia.
Dapat diambil iktibar daripada kisah yang mulia ini tentang cara yang baik bagaimana wanita melamar lelaki. Caranya ialah dengan menghantar wakil menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu bertanya tentang niat yang mulia tersebut. Jika dipersetujui, maka pihak lelakilah yang datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita dan umumnya di mana-mana.
“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”
Sebagaimana telah disebut di atas, perbuatan melamar lelaki telah dicontohkan kepada kita oleh wanita yang sangat mulia iaitu Khadijah radhiAllahu `anha. Natijah dari perbuatan tersebut telah memberikan kebaikan kepada beliau. Wanita yang solehah, mulia dan suci tentu mahu yang soleh, mulia dan suci juga untuk dirinya.
Juga telah dikongsikan di atas bagaimana caranya untuk melamar lelaki. Caranya tetap sama sebagaimana adat dalam masyarakat kita, cuma hasratnya sahaja dinyatakan terlebih dahulu oleh si wanita. Langkah-langkah seterusnya dilakukan mengikut adat kebiasaan iaitu pihak lelaki datang melamar pula.
Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!
Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.
Jika kata-kata di atas tidak sesuai diucapkan kepada orang, lalu berbisiklah kepada diri sendiri sahaja. Supaya kalian tahu siapa diri kalian. Dan kalian mahu hanya yang terbaik buat diri kalian.
Nasihat Buat Wanita, Lelaki dan Ibubapa
Sebagai penutup, saya ingin juga menasihatkan buat wanita-wanita di luar sana terutama buat wanita-wanita solehah. Telah banyak kedengaran di dalam berita dan mulut-mulut orang tentang nasib kurang baik yang dialami oleh para isteri yang diperlakukan oleh suami mereka. Antara sebabnya ialah mereka memlihi suami berdasarkan hanya kepada perasaan. Nilai rasional dan akal ditolak ke tepi dalam memilih bakal suami.
Ada juga kerana termakan budi. Disebabkan si lelaki atau keluarga si lelaki telah banyak menabur budi maka berkahwinlah mereka. Sedangkan sepatutnya perkara ini difikirkan semasak-masaknya terutama dalam menilai peribadi, akhlaq dan nilai agama lelaki tersebut.
Justeru, buat wanita saya nasihatkan fikirlah baik-baik dan gunalah akal dan rasional yang waras dalam memilih pasangan hidup kalian. Mintalah kepada ALLAH akan petunjuk dan berdoalah kepada ALLAH agar DIA berkati. Dan gunakanlah hak-hak kalian sebagaimana Islam telah meluaskan hak kalian dalam hal memilih pasangan.
Buat lelaki, saya ingin menasihatkan agar jika kalian menerima lamaran daripada wanita, ketahuilah bahawa wanita itu telah melihat suatu yang baik lahir dari diri kalian. Hormatilah dia. Jangan kecilkan hatinya. Jangan perli dan hina dia. Dia cuma mengikuti sunnah Khadijah, Ummu al-Mukminin radhiAllahu `anha yang mahu hanya terbaik buat dirinya. Jika kalian setuju, katakanlah. Jika kalian tidak setuju, katakanlah juga. Dan katakanlah samada setuju atau tidak setuju itu dengan penuh rasa hormat dan mulia.
Buat saya dan ibubapa yang membaca tulisan ini, saya menasihati diri ini dan kalian agar prihatinlah terhadap bakal suami anak-anak gadis kita. Kita mahu yang terbaik buat mereka. Baik bukan hanya di dunia. Tetapi yang lebih utama ialah baik di negeri akhirat sana. Jika terlihat di sana ada pemuda yang soleh, janganlah segan-segan untuk bertanya. Risiklah sudahkah dia berpunya. Jika belum dan ternyata dia seorang lelaki yang soleh hasil selidikan kalian, nyatakan hasrat yang mulia itu.
Sungguh, kita siang malam memikirkan kebaikan untuk anak-anak kita. Kita do`a yang baik-baik untuk anak-anak kita. Kita mahu dikumpulkan di Syurga sekeluarga. Maka, dalam hal memilih suami untuk mereka juga, hendaklah kita teliti dan proaktif. Kerana warna suami akan kuat tercurah mewarnakan isteri. Jika mahu anak-anak kita baik, maka pilihlah suami yang baik buat mereka. Kita harus mainkan juga peranan.
Semoga apa yang ditulis ini terdapat manfaat padanya, insyaALLAH. Mudah-mudahan ALLAH berikan kita semua kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan dijauhkan kita semua dari azab api neraka, amin…
Ibadah Dan Budaya Kerja
Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali, dan ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap aktiviti yang dilakukan baik yang berkaitan dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut Islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :
1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum-hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan maksiat, maka tidaklah sekali-kali dianggap sebagai ibadah.
2. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya dan bagi memakmurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
3. Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w."Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya." (Muslim)
4. Ketika membuat amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan ketentuan batasnya, seperti tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
5. Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum yang lain.
Firman Allah : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian, maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, 9)
Firman Allah : "Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat." (Surah al-Nur, 37)
Oleh itu, apabila seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan kehidupannya, maka dia akan dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk dalam masjid ketika melakukan kerja-kerja tersebut.
Budaya Kerja Islam
Secara umumnya, budaya kerja membicarakan tentang aliran pemikiran, perasaan dan cara sesebuah masyarakat menjalankan kerja. Budaya kerja yang menepati falsafah dan nilai etika Islam akan melahirkan ciri-ciri yang berikut dalam susunan dan pelaksanaan tugas sesebuah masyarakat.
Pertama, oleh sebab pekerjaan dianggap sebagai satu tuntutan keagamaan dan merupakan ibadah, maka organisasi dan pekerja Muslim sewajarnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi pekerjaannya. Kualiti prestasi pekerjaan merupakan nilai positif yang sentiasa boleh dimajukan. Ia merupakan usaha yang berterusan untuk semua lapisan masyarakat Islam.
Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman (built-in mechanism) iaitu menjadikan usaha dan menjalankan pekerjaan sebagai satu tuntutan keagamaan. Dengan ini jelaslah bahawa keimanan dan prestasi pekerjaan mempunyai hubungan yang rapat. Bagi seseorang pekerja Muslim yang ingin menghayati Islam, beliau seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerjaya dari semasa ke semasa.
Mekanisme dalaman ini sepatutnya menjadi dorongan dan motivasi bagi setiap pekerja Muslim. Walau bagaimanapun, menurut realiti semasa, pekerja Muslim tidak memahami Islam secara menyeluruh dan melihat amalan bekerja sebagai sesuatu yang terpisah daripada agama.
Kedua, menepati semangat tauhid yang menganjurkan supaya faktor-faktor yang terdapat dalam diri manusia disatukan. Ini bererti, setiap pekerja Muslim perlu menjaga dan mempertingkatkan akhlak dirinya dalam menjalankan amanah pekerjaannya. Peningkatan prestasi kerja seharusnya disusuli oleh peningkatan akhlak pekerja.
Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang bersifat positif dan dinamik. Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak yang positif kepada kemajuan pekerjaan dari semua dimensi. Oleh itu, Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat kreatif dan bersikap proaktif. Tanpa akhlak yang mulia dan budi pekerti yang tinggi, prestasi kerja akan mengalami kemelesetan.
Ketiga, budaya kerja Islam memberikan penekanan yang tinggi terhadap disiplin. Umat Islam sepatutnya melalui penghayatan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki disiplin yang tinggi. Masyarakat tanpa amalan disiplin yang tinggi pasti akan menghadapi krisis kemanusiaan.
Sebagai contoh, Islam memberikan perhatian khusus tentang pengurusan kuasa, masa dan sumber. Islam mengutuk dengan sekeras-kerasnya golongan yang tidak menggunakan kuasa (authority) dengan efektif dan tidak menghormati masa (surah al-`Asr). Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber alam yang lain. Allah menyamakan amalan mereka yang membazir dengan amalan syaitan.
Keempat, budaya kerja Islam menepati semangat tauhid yang menganjurkan kesatuan dalam matlamat dan penghayatan syura dalam masyarakat. Sehubungan itu, Islam menganjurkan budaya kerja secara bermuafakat dan berpasukan. Pada hakikatnya, keberkesanan dalam menjalani pekerjaan akan tercapai melalui semangat bekerja secara bermuafakat dan berpasukan.
Sebagai kesimpulannya kita boleh katakan budaya kerja dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan semangat pengabdian manusia yang sepenuhnya kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t. Asasnya ialah tauhid dan pendekatan ini sesuai dengan nilai kemanusiaan. Islam berkeyakinan bahawa semua urusan manusia termasuk menjalankan tugas atau pekerjaan akan membawa hasil yang cemerlang dan berkekalan jika ia menepati nilai kemanusiaan. Justeru itu, penghayatan nilai tauhid menepati nilai kemanusiaan.
Fitrah kemanusiaan ialah nilai yang berkekalan selagi manusia tetap manusia. Jika perlu, penyusunan dan teknik menjalankan sesuatu pekerjaan yang dinamik dan bersesuaian dengan perubahan masa serta tempat perlu dipelajari dari bangsa yang maju dan diubahsuai menurut kaedah tempatan. Penghayatan nilai murni dan etika kerja dalam perkhidmatan atau pekerjaan merupakan pendekatan yang dinamik dan akan terus relevan dengan usaha manusia.
(Sumber: IKIM ~ Ditulis oleh Abu Bakar Bin Yang. Posted in Artikel)
Pertemuan kita
Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah. Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya. Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka. Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri.
Lihat di sebalik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan. Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu dipersoalkan lagi.
Fikir-fikirkanlah...
(sumber: humairabaharum.blogspot)
PENYELEWENGAN SYI‘AH
1) Syi‘ah - Al-Quran Sudah Diseleweng.
Aqidah Syi‘ah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)
AGAMA ISLAM - Tidak perlu dijelaskan hukum meragui kitab suci al-Quran.
2) Syi‘ah - Imam Adalah Maksum.
Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:"Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai." (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)
Bahkan imam-imam dianggap lebih tinggi kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab muktabar Syi‘ah seperti Al-Anwar An-Nu’maniyah, Al-Kafi dan juga seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata: "Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: "Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s. bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat."
AGAMA ISLAM- Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadits-hadits sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (An-Najm ayat 3 - 4)
3) Syi‘ah - Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada').
Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah , al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini juzu' 1 hal. 146:"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".
AGAMA ISLAM -Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin ayat 19). FirmanNya lagi:"Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit." (Surah A-li Imran ayat 3)
4) Syi‘ah - Taqiyyah (berpura-pura).
Dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217: Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf."
Di tempat yang lain Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. berkata kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): "Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah." (al-Kafi jilid 2, hal. 222)
Taqiyyah merupakan konsep atau ciri utama yang tidak dapat dipisahkan dari fahaman Syi‘ah
AGAMA ISLAM - . Taqiyyah pada hakikatnya adalah amalan "berdusta dan berbohong". Ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: "Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah ." (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
5) Syi‘ah - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.
Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi."
AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan para sahabat yang tinggi telah sabit melalui al-Quran sendiri. Mengingkarinya bererti mengingkari al-Quran.
6) Syi‘ah - Menghalalkan Nikah Mut'ah.
Iaitu kahwin kontrak tanpa wali dan saksi berdasarkan akad untuk tempoh waktu dan maskahwin tertentu sahaja (mafhum hadis Syi‘ah dalam kitab al-Kafi jilid 5, ms 286). Di dalam riwayat yang lain daripada Abi Jaafar (Muhammad Al-Baqir) berkenaan mut'ah katanya: "Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan." (al-Kafi jilid 5, ms 284) Dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babwaih al-Qummi, juzu' 1 hal. 358: Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat. Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal. 358: "Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai al-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita."
AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadits tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadits-hadits tersebut ialah: Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
[sumber: zharifalimin.blogspot.com]
Bacaan lain yang boleh dirujuk: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html#seleweng
Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW
Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.
(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.
Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.
Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut.
KENALKAN ALLAH DULU BARU SYARIAT
1. Memperjuangkan Allah selama 13 tahun.
2. Memperjuangkan syariat Allah selama 10 tahun.
Padahal Allah satu, sedangkan syariat Allah beribu banyaknya tapi masa yang diambil untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa arti berjuang bila tidak cinta Allah, apa erti solatt, bila tidak cinta Allah. Apa erti menolong orang tua bila tidak cinta Allah. Padahal sayang lebih besar dari menolong. Sayang lebih besar daripada patuh.Sebab itu kalau solat, puasa, naik haji dll. akan ditolak kalau dibuat tanpa cinta Allah. Apa ertinya bersyariat kalau tidak kenal Allah dan kalau tidak ada hubungan dengn Allah. Padahal syariat adalah yang menghubungkan dengan Allah. Disinilah kesalahan kebanyakan ulama, para mubaligh dan para pejuang, lebih banyak menceritakan tentang halal, haram. Masih banyak lagi masyarakat yang tidak solat dan tidak faham tentang Allah, tiba-tiba mereka hendak menegakkan hukum hudud. Sedangkan hudud ini dalam Islam kedudukannya diujung.
Akibatnya orang takut dengan Islam. dia belum lagi suka dengan solatt, tiba-tiba dikenalkan dengan potong tangan. Sebab itu orang takut.Kerana itu kenalkan dulu Allah baru Syariat. Kalau sudah cinta dengan Allah, jangankan solat, nyawa pun dia berikan. Inilah masalah umat Islam seluruh dunia. Banyak pejuang Islam di seluruh dunia, mengenalkan Islam dengan peperangan. Padahal Allah mengutus Rasulullah SAW untuk Islamkan orang, bukan untuk membunuh orang. Rasulullah SAW datang dengan kasih sayang, bukan membawa kebengisan.Yang sebenarnya lebih baik pendekatan kita adalah untuk mengenalkan dan memberi kefahaman tentang takut dan cinta dengan Allah. Hari ini pendekatan para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang, pendekatannya lebih banyak menceritakan syaraiat daripada menceritakan Allah.
Bila syariat banyak diceritakan, tentang Allah hanya sedikit saja, maka kalau ada orang yang dapat menegakkan syariat tapi syariat hanya menjadi ideologi. Akibatnya walaupun banyak solat, naik haji berulang kali tapi perangai tidak berubah. Mengapa solat tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa berjuang tidak melahirkan akhlak mulia? Pergi umrah, naik haji, belajar, baca quran, tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa tidak lahir? Sebab orang beribadah bukan kerana mencintai Allah. Dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan Allah, sebab itu beribadah dengan terpaksa.Setelah kejatuhan empire Islam 700 tahun, orang hanya mengenalkan syariat saja. Tuhan tidak dikenalkan lagi. Kalaupun hendak mengenalkan Allah, hanya mengenalkan saja, tidak sampai rasa cinta, tidak sampai rasa takut, ini penyebabnya. Bahkan orang yang tidak kenal Allah, ketika beribadah jemu, maka untuk apa bersyariat.Sedangkan kalau kita buat kerja untuk orang yang kita kasihi, tidak kenal letih, rasa senang. Susah pun tidak mengapa. Tapi kalau bekerja untuk orang yang bukan kita kasihi, betapa tersiksa. Seperti kita buat kerja di pejabat, kita tidak suka dengan boss, betapa siksanya, hendak datang ke pejabat.
Tapi kalau kita sayang dengan boss, kita buat kerja tak kenal letih. Begitulah kalau sudah kasih, menjalankan arahannya kita rasa senang, sedekah rasa senang, puasa, solatt rasa senang. Kalau kita tidak sayang, maka solat pun tidak terasa indah, tidak rasa senang, sebab tidak kenal dengan Allah, TIDAK KENAL dengan yang PUNYA SYARIAT, itu penyakitnya.Kalau kita sayang dengan orang tua, maka kita tidak tunggu dia hendak beri makan/tidak, apakah dia akan memberi pakaian atau tidak, kita tetap rasa senang. Tetapi kalau kita tidak sayang dengan Allah, bila doa kita tidak dikabulkan, kita marah dengan Allah. Kita dapat melihat dalam keluarga, anak yang baik, walaupun orang tua tidak memberi, dia tak marah, tapi anak yang jahat, orang tua tidak memberi, dia marah.Hamba yang baik, Allah tidak memberi, tidak apa-apa. Bagi dia, itu bukan satu masalah. Aku ingin berkhidmat dengan Allah. Kalau orang yang tak baik, ketika doanya tidak dikabulkan dia protes dengan Allah. Yang sebenarnya kalau orang faham tentang Allah, maka yang lazat itu bukan ketika Dia memberi sesuatu, tapi berkhidmat dengan Allah itu yang lazat. Dapat kelazatan berkhidmat itu satu nikmat yang besar.
Tapi itu tidak mudah, mesti betul-betul kenal dengan Allah. Kalau sekedar beriman saja, tidak akan mencapai taraf itu. SEKADAR IMAN YANG SAH SAJA, BARU SAMPAI TAHAP ASAS. Dari kecil sampai besar iman sampai tahap asas saja, walaupun solatnya banyak, wiridnya banyak, tapi iman tidak berkembang. Sebab itu akhirnya jemu dengan ibadah. Lebih-lebih lagi kalau Allah uji, hati pun berkata aku sudah solat, sudah puasa, sudah wirid banyak, tapi Allah masih menguji.Sebab itu para malaikat, walaupun ibadah tidak banyak, hanya satu saja tapi ibadahnya terasa lazat, mabuk, sebab dia kenal Allah. Walaupun ibadahnya hanya tasbih saja, tahmid saja tapi terasa lazat. Kalau sujud, sujud saja dia terasa lazat. Malaikat itu hanya satu saja ibadahnya, dia sudah terasa lazat dengan ibadahnya itu, tidak jemu.Begitu juga dengan Nabi Adam as, ketika dia berbuat kesalahan, dia rasa menyesal dan sujud selama 40 tahun, dia tak sedar sebab dia sudah terasa lazat dengan sujud itu.Kerana itu kalaulah kita dapat merasakan sebagaimana yang Allah firmankan, Allah bersama dengan hamba-NYa, di mana saja berada. Maka di mana-mana kita merasakan Allah melihat, Allah mendengar, dimana saja. Tentu kita tidak akan terganggu dengan hal-hal lain.Kalaulah kita ibaratkan ada harimau di depan kita, kita sedar di depan kita itu betul-betul harimau, dapatkah saat itu kita teringat makan, teringat isteri, teringat ingin ke pasar dll. Tentu tidak dapat. Begitulah juga dengan Allah, kalau kita merasa Allah itu wujud, mendengar, melihat, maka apa saja tidak akan menganggu kita, seperti wang, pangkat, kekayaan, dll.Sebab itu roh mesti kita hidupkan selalu dengan Allah. Rasa bertuhan itu sangat penting, bukan hanya sekadar percaya saja dengan Allah.
SAHABAT: Kenal dulu betul-betul
Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.
Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.
Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.
Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.
Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.
1. Sanguine
Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.
Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.
Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.
Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.
Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.
Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.
Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.
2. Melancholic
Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.
Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.
Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.
Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.
Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.
Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.
3. Choleric
Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.
Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.
Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.
Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.
Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.
4. Phlegmatic
Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.
Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.
Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.
Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.
Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.
Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.
Rindu & Ujian Allah SWT
Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"(HR Thabrani dari Abu Umamah)
Oleh itu..andainya diri kita ditimpa ujian, cuba halang diri dari mengeluh. Sebenarnya Allah sangat sayangkan kita and dia nak kita bercerita, mengadu dan merintih hanya kepadaNya.
Ikhlas dari hati..
Bahagia & Derita
Kita seringkali terlupa kehidupan ini satu pakej sebenarnya. Bahagia & derita ada pengalaman yang berharga dan dalam kepahitan itu ada kesembuhan yg menguatkan diri kita untuk menempuhnya dgn tabah serta berusaha keluar dari semua masalah. Kalau kita lihat duit syiling, bahagia & derita saling membelakangi. Bila kebahagiaan datang, penderitaan pada sisi sebelah lagi tertutup. Begitulah jua sebaliknya. "Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan" (QS. Al-Insyirah: 6). Hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi duit syiling itu dari sudut ia berdiri, maka dapat melihat keduanya.
Marilah kita lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dgn sepenuh daya usaha kita untuk membahagiakan diri sendiri. Mereka yg mempunyai 'sence of humour' pastinya dapat melihat dari sudut yang indah di mana menjadikan kesedihan itu menjadi gelak ketawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia. Yakinlah kepada Allah SWT dan jangan sekali-kali berputus asa kerana jikalau kita berputus asa samalah jua kita tidak yakin kepada-Nya. Rahmat Allah sangatlah luas, tiada had dan tidak terbatas. Rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. Inilah kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.
Firman Allah SWT yg bermaksud:
"Katakanlah siapakah apa yang ada di langit dan di bumi. Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang." (Al-An'am; 12).
Tidak perlulah kita berputus asa, tidak yakin dan lemah semangat, bersedih dan sebagainya. Rahmat Allah selalu menghampiri kita walaupun pada ketika itu kita sering merasa berjauhan dari-Nya. Allah sama sekali tidak pernah lupa dan tinggalkan hamba-Nya bersendirian tatkala ia diberi ujian. Tidak juga meletakkan syarat atau perantara antara Dia dan hamba-Nya. Apabila kita memohon keampunan; tidak sesekali Allah mengecewakan kita. Allah juga tidak membuka aib hamba-Nya walau sebesar mana pun dosa kita..dan Allah tidak pernah menyuruh hamba-Nya membuka aib dirinya tetapi Allah mahu kita terus bertaubat dan kembali kepada-Nya. Wallahualam..
~ikhlas dari hati
Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda
Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita. Chewah!Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan. Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:
Didera dan dipukul sesuka hati
Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja. Dan alasan yang sering diberikan oleh teman lelaki kamu ialah,
"Abang ni memang panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang",
"Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan.",
"Abang ni nak pergi Amerika, pergi audition jadi wrestler nak lawan Randy Orton."
dan bermacam jenis alasan lagi. Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan kalau kamu berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.
Dikawal dan dikongkong sepanjang masa
"Awak, saya nak keluar main futsal dengan kawan saya malam ni."
"Tak boleh! Duduk rumah, tengok Adam dan Hawa. Nanti kita boleh Tweet pasal scene-scene Adam dan Hawa malam ni."**********
"Awak, saya nak keluar pergi shopping dengan adik saya..."
"Tak boleh! Jangan mengada nak keluar dengan lelaki lain."
"Tapi.. Rafi tu kan adik saya.."
"I said no!"
Ini negara bebas. Kenapa kekasih kau nak kongkong kau sampai macam itu sekali? Emak ayah kau pun tak pernah kongkong kau macam itu sekali. Bukanlah kita tak boleh hendak mengongkong langsung. Tapi adalah batasannya. Janganlah melampau sangat. Janganlah kongkong pasangan kamu macam kamu bela hamster dalam sangkar. Tapi aku perhatikan, bila emak ayah kamu kongkong kamu, kemain kamu mengamuk. Kata parents kamu tak supporting.Tapi bila kekasih kamu kongkong kamu, kamu alright saja ikut kehendak kekasih kamu.Kerana kasih, hamba turutkan?
Tiada cukup masa untuk bersama
Bila kamu free, dia pulak busy memanjang. Bila kamu busy, dia pulak asyik ajak keluar date. Timing tak kena langsung. Habis itu, bila masa nak berjumpa, bercanda dan memadu asmara kan? Satu lagi situasi yang menyebabkan sukar untuk bersama ialah cinta jarak jauh.
Aku tak kata cinta jarak jauh tak kan berjaya. Ada juga kawan aku menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Cuma belum dapat anak lagi. Mandul mungkin. Kah kah kah! (Sorry Eddie. Tak sengaja kutuk kau).Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau kamu selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung, cepat jealous apabila melihat kawan kamu keluar bersama kekasihnya atau nafsu memuncak apabila melihat amoi ber-hot pants jalan seorang diri, maka dengan segala hormatnya silalah putuskan hubungan anda dan mulakan cinta jarak dekat.Anda selalu sedih dari gembiraAsyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih kamu? Mata kamu selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan "Semalam aku tengok cerita Adam dan Hawa. Aku menangis bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab jealous Aaron Aziz peluk perempuan lain" setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata kamu yang bengakak dan merah?Baik kamu putus sajalah.Tidak dihargai dan tidak diambil berat. Setiap apa yang kamu lakukan untuk kekasih kamu, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi. Kamu dah bersusah payah nak buat sesuatu yang romantik atau surprise kepada dia, tapi dia buat selamba badak siap bagi komen "Apalah awak buat benda-benda macam ni?"Kekasih kamu juga tidak mengambil berat terhadap kamu. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan SMS "Good morning? You sihat? Dah breakfast?" Ye tak?
Kamu ketagihan
Kamu mempunyai kekasih. Tapi kamu ketagihan. Samada kamu ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif. Bila kamu ketagihan, ada baiknya kamu lepaskan kekasih kamu. Jangan menyusahkan hidup orang lain. Jika kamu ketagihan, kekasih kamu pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi kamu. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.Bukan aku nak kata kalau sudah jadi penagih, terus jadi manusia yang hopeless. Tapi seeloknya kamu ubati diri kamu dahulu. Sudah sihat waafiat, barulah fikir pasal nak menanggung anak dara orang. Apa? Kamu ketagihan seks? Kalau ketagihan jenis itu, baik kamu kahwin sahaja. Settle.
Kamu selalu ditipu kekasih
Ali: Eh? Siapa lelaki yang kelaur dengan awak semalam tu?
Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.
Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?
Ina: Eemm... Eerr.. Oh, sebenarnya kitaorang tengah kesejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.
Ali: Okay. Tapi yang awak tengah comolot kawan baik awak tu, nak kira macam mana pulak?
Ina: Itu.. Itu dia tengah buat CPR. Saya lemas tu.
Ali: Lemas? Bukan awak keluar pergi Sogo ke dengan dia? Apa jadah lemas dekat Sogo?
Ina: Lemas sebab berpusu-pusu tengah shopping masa tu.
Nampak sangat menipunya. Kamu dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.
Selalu menipu kekasih kamu
Sama seperti situasi sebelum ini. Cuma yang bezanya, kamu yang menipu kekasih kamu. Ingat ya, selalu menipu. Perkataan "Selalu" membawa maksud kamu menipu kekasih kamu terlalu kerap. Sekali sekala bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.Jika kamu selalu menipu, itu tandanya kamu bukan benar sukakan dia sebab kamu memang tidak jujur dengan dia. Cinta yang suci menstilah berlandaskan kejujuran yang hakiki. Chewah! Carilah kekasih baru. Habis cerita.
Kamu tiada masa depan bersama dengan kekasih kamu
Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak. Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini. Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana kedua-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan. Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja. Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2 episode 22, Something Blue).
Kamu masih terbayangkan bekas kekasih kamu
Setiap kali kamu keluar date dengan kekasih kamu, memori kamu ber-dating dengan bekas kekasih kamu sering bermain difikiran kamu.Setiap kali kamu memandang wajahnya, kamu sering teringatkan wajah kekasih kamu. Dan kamu sering tersilap memanggil nama kekasih kamu. Kamu sering tersebut nama bekas kekasih kamu.Itu bermakna kamu belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih kamu. Ada baiknya kamu putuskan hubungan dengan kekasih kamu, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam kamu. Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih kamu tu. Jangan jadikan pasangan anda sebagai rebound girl/boy.
Kekasih kamu seorang yang obses tahap melampau kepada sesuatu/seseorang
Setiap manusia ada tahap obsessi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsessi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya.
(Sumber: terfaktabzine.blogspot.com)
Kehidupan & Doa
"Hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan pelbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini.
Percayalah kpd doa dan tawakal di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita, tiada siapa lagi yang dapat melakukan apa-apa. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dlm pelbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta."
[Sumber: buku "Penawar duka Pengubat Sengsara" oleh PM Dr Mohd. Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA)]
Ada Hubungan vs Berhubungan
Baik, kembali bercakap tentang isu hubungan lelaki dan perempuan. Macam-macam versi berselerakan di ruang maya. Boleh didapati dengan mudah pada kotak carian google. Dan saya mungkin hanya tukang tambah kepada koleksi sedia ada.Tahukah anda, isu couple, cabarannya untuk ahli couple, bukan orang yang tidak bercouple. Orang bercouple, bercinta, berpasangan, ujiannya besar dan mujahadah yang perlu dia buat amat berat. Orang tidak pernah bercouple, cakapnya kadang-kadang cukup lebat, hentam sana sini, tetapi dia mungkin tidak pernah diuji. Tetapi hakikatnya, orang yang berada dalam situasi bercouple dan ada pasangan, memang sukar. Bukan dia tidak mengerti tazkirah, peringatan dan pelbagai jenis nasihat. Bukan juga semua itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan.
Kalau anda adalah salah seorang pembenci couple dan penghentam golongan couple dalam sesi tazkirah anda, serta dalam masa yang sama mendakwa mereka ‘kebal’ dari tazkirah, tidak mahu berubah dan sebagainya, ketahuilah bahawa anda mungkin salah seorang dari golongan penghukum yang banyak merugikan dakwah. Post ini, jauh sekali mahu membela golongan bercouple. Tidak. Sekadar berdiri di atas paksi bersederhana dalam pendekatan dan empati dalam menilai.
Ramai orang bercouple yang memang salah dan ramai juga pencegah orang bercouple yang memang salah. Soalnya; Method. Pendekatan. Cara. Hakikatnya, terdapat sejumlah besar orang yang terlibat dalam gejala bercouple, sedang cuba untuk keluar dari gejala tersebut. Tetapi kita mungkin tidak faham keadaan sesetengah dari mereka. Dalam kesukaran memanjat tebing untuk naik ke atas, orang di atas bukan menghulur tangan sebaliknya memijak-mijak tangan yang sedang memaut tebing. Mereka ramai yang sedar couple itu bobrok, rosak , negatif, tidak molek, mendekati zina dan seribu satu keburukan yang lain. Tetapi untuk bertindak, mereka naif. Lemah. Tak mampu. Adakala, perlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan berubah. Justeru, beri dorongan. Jangan hanya tahu menghentam.
Ada Hubungan Tak Semestinya Berhubung
Dalam artikel saya bertajuk saya couple saya OK, seseorang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk mereka berubah. Mereka yang bagaimana? Mereka yang ada pasangan, ada couple, ada perasaan antara satu sama lain, bertunang dan sebagainya, tetapi nak berubah sehingga tidak digelar sebagai ahli couple lagi. Perlukah sampai ke tahap clash, break. Tinggalkan pasangan. Situasinya jelas, tetapi ramai yang keliru. Ada hubungan merujuk kepada antara kamu dan dia, saling kenal mengenali, sampai ke pengetahuan keluarga, saling mengiktiraf cinta, perasaan dan kasih sayang, saling memberi perhatian, hubungan yang dianggap lebih dari sebagai kawan biasa – TETAPI status tersebut kekal sebagai status rahsia, tidak perlu diwar-warkan kepada semua orang, tidak perlu dibuktikan dengan keluar bersama siang dan malam, dan tidak perlu diambil kesempatan dengan bergayut, bersms dan ber’ym’ pantang ada peluang.
Ada hubungan? Ya, ada. Tetapi terjaga. Dijaga oleh keluarga. Diperisai dengan sifat amanah sang teruna. Dipagari oleh sifat malu si anak dara. Itu tidak ada masalah sama sekali. Tetapi berhubung, kondisinya jauh berbeza.
Berhubungan merujuk kepada perbuatan, tindakan yang menjurus kepada maksiat dan perlanggaran hukum Tuhan. Samada di ruang maya mahupun di alam maya, semuanya membawa kepada maksud yang sama ; memenuhi kehendak hati – yang sebenarnya adalah desakan hawa nafsu dan bisikan para syaitan.Keluar bersama, study bersama, mengadu masalah, meluahkan isi hati, saling kejut qiamullail, mesej ayat-ayat tazkirah, kata-kata hikmah, bergayut di telefon dan pelbagai lagi tindakan yang bisa disimpulkan dalam maksud BERHUBUNGAN. Justeru kena faham, ada hubungan bukan masalah. Hendak jatuh hati, siapa boleh sekat. Hendak terasa rindu, siapa boleh halang. Tetapi berhubung, kita boleh ikhtiar untuk sekat, boleh usaha untuk halang.
Maka solusi bagi mereka yang bercouple, tetapi mahu berubah dan tidak ingin digelar sebagai ahli couple – biarkan status anda dan dia kekal sebagai ada hubungan, tetapi anda dan dia tidak berhubung. Kecuali, hal-hal yang bersifat urgent, sangat penting dan terikat dengan disiplin-disiplin perhubungan yang digariskan syarak. Selesai masalah. Jika anda boleh buat begitu, maka anda bukan ahli couple. Tidak ada masalah untuk anda ada hubungan dengan mana-mana calon pasangan yang ada suka atau anda jatuh hati. Kerana Islam itu sifatnya memberi ruang dan membuka saluran, bukan menyekat dan menghalang. Tetapi ingat, Islam juga tegas dan jelas dalam hukum hakamnya. Haram tetap haram, selagimana wujud dalil yang jelas akan pengharamannya. Contohnya bermain mata, merendahkan suara (melentok-lentok atau bernada manja ), bersentuhan, berdua-duaan dan yang sewaktu dengannya. Adapun yang halal dan harus, tiada siapa boleh mengharamkannya.Si mamat suka minah, minah pun suka mamat, keluarga pun sudah tahu. Mamat dan Minah ada hubungan. Jadi apa masalahnya? Jalinkan hubungan dengan keluarga masing-masing, sampai masa dan ketikanya, berkahwin. Apa yang haram jadi halal. Masa itu, barulah boleh berhubungan. Zahir batin pun tiada masalah.
(sumber: myilham.com)
Doa & Tawakkal
Hanya kepadaMu Allah ku serahkan segala-galanya. Ampunilah diriku dan insan lain yang telah menganiayai diri sendiri jua kepada manusia lain di muka bumi ini. Sesungguhnya tiada yang sempurna melainkan-Mu ya Allah.
Amin ya robb
https://www.youtube.com/watch?v=robmc3CTGOE&feature=youtube_gdata_player
Info Hutan Malaysia
Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp ynag meliputi keluasan sebanyak 60%.
Profail hutanya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita
Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:
a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu,gas-gas dan udara.
b. habitat kepada flora dan fauna
c. kawasan tadahan air
d. kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f. warisan dan kebudayaan.
Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tips Mendapat Ketenangan Jiwa
Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?
[Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh]