Tentang "Sahabat"

Kesusahan kita kesusahan  dia, kesusahan  dia kesusahan  kita. Kegembiraan kita kegembiraan  dia, kegembiraan  dia adalah kegembiraan  kita. Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga  kita, keluarga  kita keluarganya Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok, bantu-membantu sesama. Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa. - Abuya Ashaari Muhammad
Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, suka bermasyarakat dan berkawan. Setidak-tidaknya bermasyarakat dan berkawan itu secara terpaksa kerana keadaan kehidupan manusia itu memaksa manusia itu bermasyarakat dan berkawan. Manusia itu tidak seperti malaikat atau haiwan atau pokok kayu yang boleh hidup bersendirian kerana keadaan manusia itu tidak mungkin boleh mengusahakan sendiri setiap keperluan-keperluan kehidupan mereka. Pengalaman atau realiti kehidupan manusia itu telah memberitahu kepada kita bahawa ada sebahagian kehidupan kita, orang lain yang mengusahakannya. Sepertimana juga sebahagian kehidupan orang lain, kita yang mengusahakannya. Ini berlaku sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Secara disedari atau tidak disedari. Justeru itulah manusia cenderung kepada bermasyarakat atau berkawan.
Mengapa berkawan seperti yang digambarkan tadi tidak pernah kekal? Mengapa berkawan tidak berpanjangan? Tidak kekal berkawan secara itu kerana ikatan tidak kuat. Ia diikat oleh perkara luaran. Diikat oleh keperluan semasa. Diikat oleh keadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yang mempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Tuhan yang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua sahabat yang berkekalan hingga sampai ke Akhirat. Dengan kata-kata yang lain, ia bukan ikatan hati dua orang yang berkawan kerana Allah Taala. Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya.”
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati. Bersahabat seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala.
Sabda Rasulullah SAW: “Cinta kasihKu terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang keranaKu. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Abiddunya)
Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat:
1. Sahabat secara umum
Iaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.

2. Sahabat secara khusus
Sahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat dengan lebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan Islam.

3. Sahabat yang dipersaudarakan
Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolah- olah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.

[sumber: www.usahataqwa.com]

Ujian Allah


Indahnya Ciptaan Allah Yang Maha ESA

Malam bulan di pagar bintang...makin indah jika dipandang.. [lagu Saloma & P Ramlee]
Perjalananku diteruskan lagi malam ini. Masih ada baki2 keletihan yang tersisa. Syukur pada Mu ya Allah kerana memudahkan segala urusanku beberapa hari ini. Kita mampu merancang, Allah shj yg menentukannya.
Terpaku mata ini memandang keindahan cahaya bulan yang terang benderang. Ianya 16 Rabiul Awal, masih lagi terpancar sinarnya yang indah. Dgn sinaran ini jua memudahkan makhluk2 Allah dpt menjlnkan aktiviti malamnya. Teringat semasa sesi latihan Komander di UiTM, hanya berbekalkan cahaya bulan mencari tmpt pembaringan di hutan Gunung Senyum, Jerantut. Asyik menikmati bulan & mlm yg sunyi smpai terleka sehinggakan sekumpulan binatang berkaki pendek melepasi tmpt pmbaringanku, tetap diam membisu. Ada sekali kami melakukan aktiviti "Burung Hantu"; meninggalkan junior2 di tepi jalan & semak dgn jarak 5 meter setiap seorang. Tidak dibenarkn seorgpun mbawa torch light. Hanya cahaya bulan ini shj yg dpt membantu mereka. Walaupun aktiviti ini berisiko tinggi tetapi ia dpt melahirkan sifat berani dan kemampuan seseorg. Ini hanya sedikit rentetan peristiwa hidupku. Ada lebih byk lagi pelbagai kisah2 menarik yg bisa aku jadikan cerita kpd anak2 cucuku di kemudian hari in shaa Allah.


"Beauty is a form of genius ~ is higher, indeed, than genius, as it needs no explanation.  It is of the great facts in the world like sunlight, or springtime, or the reflection in dark water of that silver shell we call the moon" Oscar Wilde

Tentang insan "Lelaki"


Kisah Kehidupan...

Alhamdulillah...syukur. Masih bernyawa utk meneruskan kehidupan. Layan tv astro drama 'Donut'. Baru ini ari tgk full drama (sblum ni hnya dgr2 cite je). Siapa pun dia yang Allah telah jadikan seorang LELAKI hanyalah manusia biasa. Mereka jg ada hati dan perasaan. Jgn beranggapan buruk hanya kerana mereka dilahirkan sebegitu. Pada hakikatnya mereka adalah golongan lelaki yg baik, memahami, bertanggungjawab, pembersih dan lain2 lg. Lelaki macho tak semestinya mantop sgt. Kdgkala menyakitkn hati & tak gentleman. No offense to others. Siapa pun mereka (Lelaki), Allah telah jadikan anda sebagai PEMIMPIN, laksanakanlah amanah Allah yg akan dipertanggungjawabkan kelak pada akhir zaman. Maksud firman Allah;
"Kaum lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita, oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. ...
Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). [An Nisa': 34]
Fitrah manusia yang asalnya dibekalkan Allah untuk memikul tanggungjawab khalifah dan hamba di muka bumi ada kalanya terhakis potensinya apabila dibiarkan kering kontang tanpa disirami keyakinan kepada-NYA. Sekiranya golongan ini dicemuh dan dikutuk atas zahirnya mereka adalah lelaki, sedikit sebanyak kita telah menyebabkan mereka lebih menjauhkan diri dan menjerumus ke arah aktiviti2 sosial yg tidak baik. Kemuliaan atau kehinaan ialah pilihan manusia. Allah SWT mengilhamkan pilihan kpd manusia dan dengan pilihan yg dibuat, hakikatnya manusia mengekalkan kemuliaan diri sbg hamba dan khalifah atau menghina dirinya sendiri ketika membuat pilihan yang silap. Maksud firman Allah;
"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya) secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." [Al Baqarah: 208]
Janganlah kita berprasangka buruk kepada mereka. Berbuatlah baik dan jalinkan ukhwah sesama Muslim dan kita jua haruslah memainkan peranan dalam menjaga keharmonian bermasyarakat. Ikutilah dan jadikan ajaran Rasulullah sbg panduan hidup kerana sesungguhnya ajaran mulia ini tidak akan masuk pada hati para pendengki dan hatinya masih dipenuhi syak wasangka kepada pencipta alam semesta, Allah SWT.
Sekian sahaja cerita ceriti kehidupan. Mohon maaf dan coretan ini tidak sedikitpun niat ingin menyakiti hati sesiapa. Yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri saya sendiri. Nasihat dan sekadar pandangan sambil mengingatkan kpd diri sy jua.

Kisah Kehidupan ~ Ladies talk..

Macam-macam jadi hari ni..
1. Bangun lebih awal dari biasa ~ 5.16am
2. Trial masak nasi goreng paprik -- jadi la jgk wpun biasa2 je..:-)
3. Bengang keta block depan umah! (mcm mana nk kuar pi keje??) ada la dekat 15 min menunggu, enjin keta pun dh naik panas (hati aku??? hurmmm). Paisey btol la! (ayat bebudak nakal dulu) kat tgh jalan plak ada keta rosak, jemming the nation...(mcm2 plak rasanya, ilang mood nk pi keje) *namun ttp smile, supaya??? kelihatan shomel..haha
4. Pegi pejabat BPA, memasing bz nk gotong royong *tk bleh kacau diaorg. Seb baik weed yg shomel layan me..hehe.
5. Masuk opis; tetiba pening tgk dokumen atas meja -- adoyai.. *check thoroughly, bila nk buat?? Banyak tu...
6. Bfast mkn terlebih sudah sbb.... (tension. hahaha)
7. Buat minit mesyuarat (tak suka....2x) smpai la tanpa disedari sudah tghri.
8. Zen time ~ Al Jabbar relaxing & calm..
-----break......ing.......... out...------
9. Petang ni meeting.. (seb baik dh prepare bagai menda yg diminta). Nanti bleh senyum la masuk meeting #tunggu je komen depa..huhu
10. Balik kampung, yay!!!!! (nak jumpa Thaqif yg shomel....n of coz my mom la. *tetiba rindu kat mom, nxt weeknd bday dia: hadiah apa yg best??)

Syukur kpd Allah  atas segala nikmat yg diberikan. Semoga diri ini sentiasa tabah, sabar dlm menghadapi dugaan di dunia yg fana ini.. In Shaa Allah.

Forgiveness


Kecelaruan fikiran, sabarlah..

Seketika ditanya oleh sahabat sy tentang kenyataan saudara Patrick Teoh di laman sosial 'Facebook', pendapat saya sebagai seorang Muslim kita seharusnya saling memaafkan. Walaupun pada ketika sy mendapat khabar tersebut, sejujurnya sy pun sakit hati dan orang2 sebegini patut diperangi @ dibunuh oleh umat Islam. Secara kewarasan fikiran kita, mungkin beliau membuat pernyataan sebegitu dalam keadaan yg tidak kita ketahui. Sepertimana komen saudara Afdlin Shauki di FB yang lebih mengenali beliau, kita sepatutnya saling memaafkan walaupun untuk melupakannya agak sukar.  Kita hanya manusia biasa, setiap dari kita senantiasa tidak lepas dari melakukan dosa. Kesabaran Rasullullah SAW sepatutnya kita jadikan contoh dan panduan. Saudara Patrick Teoh telah pun memohon maaf dan telah delete kenyataan di FB miliknya. Marilah kita sama-sama berdoa agar sahabat-sahabat lain diberi ketenangan hati dan senantiasa saling memaafkan antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan di mana jua kita berada. Semoga ketenangan dan aman yang kita miliki di negara ini akan berkekalan selama-lamanya. In shaa Allah ~ Saya Sayang Malaysia #1M4U

Kata hati tentang Ujian Allah

Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan.  Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya. by Ustaz Pahrol Mohd. Juoi [http://genta-rasa.com/]

Percaya pada TAKDIR Allah..

Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.  Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.
Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi 'berani' ke hadapan namun tetap berada di dalam jagaan 'malu' dan 'rapinya' seorang wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara. 
Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah?
Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di'dalamnya' - alam berumahtangga.
Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan bersama-sama untuk dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang Da'ie di jalanNya. InsyaAllah.
Kisah 1
Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah. Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di mana? Wallahua'lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.

Kisah 2
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya. Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.

Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
"kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu 'ikhwah' sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak."
Kisah 3
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya. Namun takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang ikhwah. Dan kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan mendapat sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap seorang penyokong yang baik.


Demikianlah takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?
Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. In shaa Allah..[sumber: iluvislam.com]

Menuju ke jalan kebenaran

Allah kurniakan mata untuk manusia supaya melihat, Allah ciptakan telinga untuk mendengar, dan Allah ciptakan otak untuk berfikir, sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait antara satu sama lain, bila melihat, lihatlah dengan mata hati dan sampaikan la ia ke otak, supaya ia dapat diolah dengan betul.  
Justeru sama-samalah kita betulkan niat, sucikan hati. Sedarlah, hidup di dunia ini hanya sementara tiada kekalnya. Bukalah minda dan hati agar jangan mudah dan terlalu seronok ditenggelamkan dengan kemewahan dan keseronokkan di dunia ini.Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan,  kerana yang tahu nawaitu kita hanya Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah.
Sesungguhnya semuanya adalah pinjaman Allah. Pinjaman bermaksud Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik balik nikmat tersebut bila bila masa sahaja tanpa kita mengetahui dan menyedarinya. Saat kita diberi nikmat kepandaian, jangan lah kita gunakan ia kepada kesesatan. Jika sesat, sukar untuk kita jumpa jalan pulang, terus terjerumus dalam kesesatan melainkan Allah bagi hidayah.  Dan jangan lah sesama sekali kita riak,ujub,bangga dengan pinjaman Allah. Siapalah kita untuk duduk bangga. Kita hanya memiliki nikmat yang hanya akan hilang. Esok lusa Allah murka Allah tarik balik.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Sesungguhnya apa yang baginda khabarkan kepada kita sememangnya betul. Cuba lihat sekarang dunia, mana satu lagi menjadi keutamaan? Duit ataupun agama? Tepuk dada tanya selera. [sumber: iluvislam.com]

Tentang Kehidupan


Cintaku kerana Agamamu

Langkah-langkah asas meminang:

1) Merisik agama & akhlaknya melalui ustaz/ustazah/orang tengah yang soleh, solehah & dipercayai. 

2) Bertaaruf (berkenalan) di dalam Majlis Taaruf bertemankan ustaz, ustazah, orang tengah ataupun di samping ahli keluarga sendiri. Proses ini juga boleh dilakukan tanpa berjumpa secara langsung, yakni dengan bertukar biodata yang mencerita perihal diri masing-masing tanpa berselindung yang dilakukan dengan bantuan orang tengah juga.
3) Berkenalan dengan bakal ayah & ibu mertua. Mengambil berat tentang kesihatan mereka. Bina tautan hati & ukhuwah melalui panggilan telefon.

 4) Memujuk ibubapa untuk berukhuwah dengan keluarga bakal isteri melalui telefon. Digalakkan bapa berhubung dengan bapa wanita kerana suara bapa lebih mendominasi. 

5) Membawa keluarga menziarahi keluarga pihak bakal isteri. Risikan dapat diteruskan dengan lebih sempurna apabila bersemuka.  

6) Bertunang. Menjaga adab-adabnya. Tidak mencuri fokus bakal isteri dengan mesej kosong atau panggilan telefon tanpa urusan. Berhubung hanya untuk keperluan. 

7) Bernikah dengan kemenangan tanpa melakukan apa-apa yang menghampiri zina dalam tempoh merisik & bertunang. Indahnya!

[sumber: Dr. Farhan Hadi]  #FYI: my brother

Hargailah Masa..

 Jika Allah tanya pada kita, 
"Apa yang telah engkau buat seharian yang Aku bagi kau pinjam hari ini?"
"Ada tak kau ingat Aku? melakukan segala perkara sambil mengingatiKu..?"
"Ataupun ada tak kau merancang & melaksanakan apa-apa yang bakal memberi kebaikan kepada agamamu, atau setidak-tidaknya kepada dirimu & keluargamu...?" "Ataupun hari ini... sehari lagi telah kau bazirkan tanpa melakukan apa-apa perkara berfaedah pun? kau biarkan hari ini berlalu tanpa mengenang sedikit pun tentang Aku, tentang rasulKu, tentang Islam...?"
Apa agaknya yang mahu kita persembahkan kepada Allah..? 


Mari kita renungi kata-kata hikmah ini;


Hargai masa yang kita ada. Susun jadual kerja & kesibukan kita menurut keutamaan, kepentingan & kadar segeranya. Jangan bertangguh serta hormatilah masa orang lain. 

Jangan biarkan orang lain menunggu kita. Jangan biarkan kita menjadi 'pencuri' masa orang lain dengan sengaja & tanpa alasan. Boleh jadi, itu juga alasannya kita tidak diredhai Allah. Kerana dia tidak redha kita mencuri masanya. 

150 juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Ainan Tasneem Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

(Lagu: Ainan Tasneem)

Info: Masalah Kaki


 

 (sumber: http://www.comfortor.de/malay/footproblem.html)

Sakit Tumit
(Dua punca utama kepada masalah sakit tumit adalah Planter Fasciitis dan Achilles Tendonitis).     
 
sakit tumit
 
The most common cause for heel pain is plantar fasciitis (plan –TAR   fash – ee – I – tis). The pain is typically on the bottom, inside area of the heel and may extend into the arch.
   
Masalah ini merupakan punca kepada sakit yang terlalu kuat pada bahagian bawah tumit kaki ketika meletakkan langkah pertama setelah bangun dari tidur pada waktu pagi. Kesakitan yang amat kuat menyebabkan seseorang itu terpaksa berjalan terhingut-hingut atau berpegang pada dinding agar tidak terjatuh sewaktu menuju ke bilik air. Walau bagaimanapun, sakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa ketika sahaja.

 
Achilles Tendonitis
 
Masalah ini seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian atas tumit kaki iaitu kira-kira 2 inci di atas tulang tumit yang juga dikenali sebagai saraf tumit. Kesakitan juga boleh dialami di bahagian belakang tulang tumit kaki.
   
Achilles tendonitis lazimnya dialami di bahagian tapak kaki atau bahagian buku lali. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang. Pesakit akan mengalami bengkak dan kesakitan yang agak kuat ketika memulakan pergerakan

 
sakit buku lali
 
Kesalahan pengurusan kaki, masalah terpelecok buku lali dan sebagainya boleh menyebabkan masalah buku lali seperti penyakit sendi tulang dan Tendonitis
   
terpelecok sendi buku lali
Masalah terpelecok buku lali sering dialami pada tisu yang terdapat dalam sendi buku lali. Lazimnya, tisu di bahagian luar buku lali adalah bahagian yang kerap diserang masalah terpelecok ini. Buku lali yang terpelecok berulang kali adalah disebabkan masalah tersalah urat atau kelalaian tisu pada buku lali. Masalah terpelecok buku lali yang berulang kali akan mengakibatkan kehausan pada bahagian rawan, ketidakstabilan buku lali dan juga ketegangan urat kaki
   
sengal buku lali
Osteoarthritis adalah masalah di mana berlaku kerosakan pada bahagian rawan di antara penyambungan sendi kaki. Apabila berlaku halangan pada titik penyambungan sendi, ia akan memberi kepada pergerakan tulang di bahagian bawah kaki dan sekaligus mengundang kesakitan serta menghalang pergerakan urat kaki. Rekahan tulang dapat dilihat dengan ketara di sekeliling titik penyambungan sendi. Radang dan bengkak tidak dipercayai memainkan peranan penting dalam osteoarthritis. Sengal sendi buku lali lazimnya akan dialami akibat pengurusan kaki yang tidak normal atau berikutan daripada masalah kaki lain yang dialami sebelum ini
   
Posterior tibial tendonitis
Penyakit ini biasanya dialami di bahagian dalam buku lali. Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang

 
Sakit pergelangan kaki
 
Arthritis, kekejangan urat saraf, tendonitis dan masalah lenguh sendi adalah masalah yang kerap dialami di bahagian pergelangan kaki
   
Sengal pergelangan kaki
Osteoarthritis adalah masalah yang berlaku akibat kerosakan pada bahagian otot kaki iaitu bahagian rawan yang terdapat di celahan persambungan sendi. Umumnya, kesakitan yang dialami adalah secara ringan dan remeh sahaja tetapi akan menjadi parah ketika berjalan. Keadaan luka atau trauma terdahulu boleh mendorong kepada masalah sengal pergelangan kaki. Namun, tindakan luar kawal adalah salah satu punca utama kepada masalah ini
   
ketegangan urat saraf
kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian atas kaki adalah kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat di sini bermaksud urat tersebut mengalami gangguan atau halangan daripada struktur kaki atau tekanan daripada kasut yang dipakai
   
sakit tumit
Sakit tumit merupakan akibat daripada keletihan bahagian belakang tumit kaki yang dijangka akan membawa kepada keruntuhan dan kehausan pelantar kaki. Umumnya, masalah ini dijangka mengakibatkan plantar fasciitis kelihatan berair dan membengkak. Tendonitis (rujuk di bawah) juga boleh membawa kepada sakit tumit
   
Posterior tibial tendonitis
Bahagian yang paling kerap diserang posterior tibial tendonitis adalah bahagian dalam tumit kaki iaitu di bahagian pergelangan kaki. Kesakitannya boleh berpusat pada suatu bahagian tertentu dan boleh merebak ke bahagian lain menerusi tumit
 

Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang).
   
Peroneal tendonitis
Kesakitan biasa yang lazimnya dialami di bahagian bahagian luar kaki yang akan menyebabkan benjol dan membengkak. Kesakitannya akan berpusat pada suatu bahagian tertentu dan akan merebak secara perlahan menerusi buku lali
   
kesakitannya pada mulanya kelihatan seperti remeh sahaja, akan tetapi akan bertambah parah menerusi aktiviti lasak yang dijalankan oleh pesakitnya. peroneal tendons terletak pada bahagian luar buku lali, iaitu diselitkan di luar bahagian pergelangan kaki. Bahagian ini berperanan mengawal fungsi serta kestabilan kaki ketika berjalan

How to Plan a Muslim Wedding

Muslims are followers of Islam, one of the fastest growing religions in the world. Islam considers itself to be a universal religion, with more than 1.5 billion members from all races and virtually every country on earth. Traditions like marriage vary, depending upon the sect and the culture, but Muslims are consistent in viewing marriage as a pact between the couple and Allah. There are no official clergy required to officiate at the ceremony; the only obligation is the signing of a marriage contract. Yet planning a Muslim wedding -- or any wedding, for that matter --- is never a simple affair. 

Instructions

1.  Decide how many of the traditional rituals your ceremony will include. Will there be pre-wedding ceremonies like a fatha to honor the fathers of the bride and the groom? Or other pre-wedding rites like ceremonial baths, henna parties and turmeric rituals? Will men and women be separated during the ceremony and reception? Will the feast be a halal (honoring traditional dietary requirements)
2.  Pick a date. Many Muslims marry during the month of Shawwal and on a Sunday, since it is the beginning of the week.
3.  Select an officiant and a location. Islam doesn't sanction clergy, so anyone with a solid understanding of the faith can serve in this capacity. This also means the ceremony need not be held in a mosque. However, since many mosques have marriage officers, it is sometimes simpler to hold the ceremony there. Mosques also have customs for veils and the removal of shoes, and some require a male representative to act on behalf of the bride during the ceremony.
4.  Choose your service providers like the photographer, henna artist, caterer and musician (if needed, but all this wasted except caterer which will help the bride/groom family a lot)
5.  Write the meher --- the marriage contract that is an essential part of any Muslim wedding and is required by Islamic law. It is a formal statement that identifies the gifts the groom will give to the bride, and it comes in two parts. The first gift is given before the marriage is consummated and the second is given after. In addition, you will likely need a marriage license. (In Malaysia called 'Mas Kahwin' which its must be prepared by groom as mahar, depends on state but the lower value of Mas Kahwin is the better. Sometimes Al-Quran as mahar in muslim wedding reception "nikah")
6.  Plan the nikah ceremony where the meher will be signed. The groom or his designated representative will propose to the bride in front of two or more witnesses and will describe the particulars of the meher. Once the bride accepts, the couple and two male witnesses sign the contract. At this point, the couple may also share some sweet fruit.
7.  Decide if the officiant will add a reading from the Quran and if the bride and groom will recite vows. (if needed, but Malaysian now with SAKINAH words by Majlis Agama Islam)

Kegembiraan itu yang dicari..

Dalam mengharungi kehidupan ini, kita perlu punyai keazaman dan cita-cita sama ada untuk memilih kebahagiaan atau kesulitan hidup. Kita menjadikan pengalaman lalu dan redha dengan ujian Allah sebagai panduan dan membakar semangat kita untuk meneruskan matlamat hidup kita. Berusaha untuk mencapai setinggi dan semampu mungkin serta berdoa kepada Allah SWT moga dirahmati dan dipermudahkan segalanya.

Surah Pilihan: Al-Araaf (7:53)

A053 

Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

Surrender Yourself Totally



Hadhrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani دامت برکاتہم said,
“This idea has crept into and firmly settled on, our hearts that what the western nations are doing is worth emulation and the Sunnah of the Holy Prophet صلى الله عايه وسالم is – God forbid – an ordinary issue, unworthy of being followed. It is rather a hurdle and hindrance in the path of progress. Consider! What harm will fall on us if we take our food with the right hand?
white-flagOur malady is that the evil of slavery to the west has over-powered our minds. We have given up slavery to the Holy Prophet صلى الله عايه وسالم and become slaves to the western powers, with the natural result that we are living and dying in slavery. We have become entangled in this slavery so badly that we now see no way out of it.
The fact, however, remains that we cannot get out of this slavery, nor can we attain honour and superiority in this world unless we accept slavery to the Holy Prophet صلى الله عايه وسالم in the true sense and follow in his footsteps.”
[Islahi Khutbaat: Discourses on Islamic Way of Life, Vol: VII, pg. 184]
 (source: At-Tazkirah http://truelife200vi.wordpress.com)

Info: The Psychology of Weight Loss


Hadis Pilihan: Menghapuskan kemungkaran & Bid'ah

 

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya:
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Abdullah ‘Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.

HADITH 5

On the authority of Aishah, who said: The messenger of Allah said: “He who innovates something in this matter of ours that is not of it will have it rejected.”


Penerangan:
1. Perkara baru yang diada-adakan dan tiada sandaran di dalam syariat mestilah ditolak.
2. Setiap amal ibadat yang di lakukan tidak diterima melainkan dengan niat yang ihklas dan bertepatan dengan sunnah.
3. Perkara prinsip dalam agama telah sempurna. Tidak perlu sesiapapun menyempurnakannya atau memperbaharuinya lagi.

Syukur padamu ya Allah..

Salam.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan yang meliputi aktiviti seharian dan ibadah kita. Dengan peluang ini juga kita dapat mempertingkatkan ibadah, melakukan amal2 jariah, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.
Selama seminggu saya tidak menulis di sini kerana beberapa perkara yang berlaku. Sesungguhnya ujian dari Mu sangat-sangat menguji kesabaranku dan aku ketahui sesungguhnya Kau sayang padaku ya Allah.. Allahu Akbar, Allahu Akbar. Aku akan berusaha memperbaiki peribadiku supaya kehidupan ini lebih tenang dan harmoni di tahun 2013 ini..In shaa Allah..

Teman Pengganti (Black & Malique)



Ayat-ayat Ruqyah

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
(Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah)
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH 
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat. 
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat 
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah 1 1-5
3. Al-Baqarah 1 102
4. Al-Baqarah 2 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6. Al-Baqarah 3 285-286
7. Ali-Imran 3 18-19
8. Al-’Araf 8 54-56
9. Al-’Araf 9 117-122
10. Yunus 11 81-82
11. Toha 16 69
12. Al-Mukminun 18 115-118
13. As-Soffaat 23 1-10
14. Al-Ahqaaf 26 29-32
15. Ar-Rahman 27 33-36
16. Al-Hasyr 28 21-24
17. Al-Jin 29 1-9
18. Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19. Al-Falaq 30 Seluruhnya
20. An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.  [sumber: http://ohislam.com]